Saturday, December 10, 2011

Halluu Disember

Assalamualaikum :)

Hai. Lama dah tak menulis di sini. Alasan klishe : SIBOK!

Sekarang tengah nak mengejar beberapa final assignment sebelum mula study week di mana saya ingin pulang ke rumah dan bergumbira. Alhamdulilah dah settle event Promosi Filem yang saya sibok promote poster haritu. Tiket 100 pon sold out okay by our group.

Now tengah layan youtube sambil facebook sambil assignment.


Nanti update lagi. (Taktahubila)

Tuesday, November 8, 2011

Cuti Seminggu Berbebanan

BERBEBANAN! Tu dia. Betul betul beban dah tu. Hikhik. Hari ni dah hari kedua cuti kalau kira dari Isnin semalam. Dari semalam duduk berkurung buat Adobe Flash. Tak jugak siap. Orang baru nak belajar macam ni la. Ni semua gara-gara subjek Interactive Multimedia. Tapi bila buat lama lama Flash ni seronok pulak tapi stress bila nak buat salah itu lah, ini lah.



Hikhikhik. (gelak gatal) Tolong jangan saman saya. Jangan. :D Ini sebenarnya projek Flash yang aku sibuk buat sekarang ni. Encik Lizam bagi task buat ecard apa apa event saja. Mulanya saja nak try. Tetiba yang ni menjadi pulak. Sekarang ni tengah tambah tambah lagi animasi dan sebagainya untuk jadi ecard yang menarik. Sorry Shera. :)

Monday, November 7, 2011

Happy 22 years old =)

Alhamdulilah. Syukur. Masih diberi kesempatan merasai nikmat hidup selama 22 tahun. Thank you frens for the wishes. Know what? Aku ni baru bgun terus update blog ni. =D


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 4, 2011

Pencarian Blog Follower bawah 500


Hai. Ini dah update kedua dalam jarak masa yang sangat sekejap. Nampak banner atas ni? Ye. Saya nak join contest ini kerana follower saya baru 79. Dan saya ingin menaikkan tahap followers saya dan ingin orang lain membaca blog saya. Wahh ayat macam buat karangan. Terima kasih Genkcorner. :)

Anda nak masuk? Sila klik DI SINI dan sertainya sekarang :D

Saya mahu blog ini terus bernyawa. Hikhik

Thursday, November 3, 2011

Penghujung Cintaku

Lagu ni sweet sangat.




Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu

* Love the bold part :)

Thursday, October 6, 2011

Happy Birthday Montel :)

Kalau dulu sikit sikit Sharifah Asikin atau Ekin, tapi budak tu berlagak dah sekarang. Fine! Aku ada budak kecik baru pulak sekarang. Heee. Anis Nur Amna aka Anis atau Montel. Ok tak. Anis jea. Montel aku yang panggil sebab dia sungguh montel. Tapi montel yang comel la.

Actually 27 Sept haritu genap umur dia setahun. Happy birhtday Anis :)

Wish kat mama dia memandangkan Anis tak mempunyai telefon sendiri lagi. Then mama dia bagi MMS hadiah yang dia and papa Anis bagi. Tapi gambar tu tak transfer pulak dalam laptop. Siap tanya lagi :

"Angah dah beli ke present adik?"

Sambil menyengih balas :

"Belum lagi. Tak tau nak beli apa. Nantilah angah beli."

Balik telefon mummy. Pon sama jugak tak tahu nak beli apa. Sebab selalu gegirl macam Anis orang beli Teddy Bear kan. Sorry Anis tak layan itu semua. Dia seorang yang brutal. :D

Meh tengok si Montel saya tu. Hihi. Ini gambar 2 minggu lepas kot masa jaga dia dekat rumah.





Since waktu ni ada warehouse sale dekat Selayang Mall, aku merengek dekat daddy aku nak pergi. Dan haruslah bawak budak kecik ni kan. Sebab boleh jumpa mama dia dekat sana. Seronok ronok la dia di bawak berjalan.


Hee. Tak reti diam jadi macam ni la gambar. Dia suka kamera :)


Ahad ni mama dia ajak datang rumah. Birthday party Anis katanya. Fine. Hadiah tak carik lagi. BTW HB Anis Nur Amna. Angah love youuuu! :)

Wednesday, October 5, 2011

I'm Back I'm Back I'm Back!

Semenjak ada streamyx aku memang tak buleh berenggang dengan internet. Dan kegilaan aku datang balik dengan mengubah balik blog aku. See. Header pon dah tukar. SEMENTARA jeaaa. Banyak benda nak kena buat nanti. Since header dah berbulan tak ganti. Keshiaaannnnn. T.T

Ok nak settle mandarin and kena pergi wacana seni. Duhhh! Fikir attendance and komitmen je. K bye.

Tuesday, October 4, 2011

Bila Kelas Takde Plus Dengan Demam




Yea. Post di mulakan dengan gambar tadi. Kesian. Dah wangi wangi semua kelas takde pulak. Last last balik lepak kandang (tempat makan yang famous dekat puncak).

Ekceli I'm not feeling good today. Demam. Tapi yang teruk nya batuk
dengan selsema. Pagi tadi pegi klinik dengan harapan nak MC tapi hampeh. Besar besar tulis NO MC. Hamik kaw! Jangan mimpi laaa. T.T

So balik rumah makan nasi, then telan ubat selsema. Tapi tadi takde kelas so ingat balik nak pergi telan ubat batuk pulak tapi tak jadi sebab nanti mengantuk. Malam ada kelas lagi. Tak larat pulak nak bangun nanti. Jadi inilah hasilnya. Update belog.

Dan sedang berfikir, kenapa aku tak tidur walaupun aku tak makan ubat batuk?

Sebab time macam ni memang waktu tidur semua student termasuk aku.


Ok bye.

Sunday, October 2, 2011

Woahhh

Assalamualaikum. Hiwhiwhiwhiw. Amik kaw. Sebulan lebih aku tak hapdet apa apa. Alasan yang paling senang adalah "I tak bayar BB i lagi." Hahaha. Terbaik kan. So kalau FB tu pon memang jarang la online. Kalau online pon dekat handphone jea memandangkan handphone dah baru. :D Nak online puas puasnya pon tumpang laptop orang. Kesian betul.

Tapi tapi tapi...


Lepasni kita akan selalu hapdet sebab kita akan pakai streamyx dekat rumah sewa so akan hapdet lah. Itu pon kalau kita ada story nak mory. Tapi memang ada pon, Banyakkkkk sangat. Tapi kan walaupun kita tak hapdet tetap tambah 1 lagi followers. Terima kasih :)

Ok sekarang dah bulan oktober kan kawan kawan? Kita pon dah mula semester 3. Dah 3 minggu jugak la mula semester. Sebelum ni kan kita kerja. Gaji bulan lepas pon dah masuk. Apa? Gaji? Hiwhiwhiw. But seriously rindu gila nak kerja. Serious. Tapi kalau belajar lagi best sebab sabtu ahad cuti.

Ok bye. Dah rasa awkward gila lama tak menaip. Sense of writing pon tumpul. T.T

Monday, August 8, 2011

Selamat Berpuasa

Dah 8 hari puasa baru sempat update. Lihat betapa sibuknya diri ini. Hehe. Macam biasa awal bulan setup promotion baru. Lepas tu ada stocktake. Stocktake Guardian kalau tak silap 3 bulan sekali dan memang aku bernasib baiklah dapat rasa macam mana stocktake ni. Ohh stocktake ni sebenarnya macam kita kira barang dalam kedai tu ada berapa. Setiap orang akan pegang scanner dan scan satu barang then masukkan kuantiti. Macam tu la kiranya. Dah habis stocktake lepastu kena verified pulak. Memang penat. 3 hari pergi kerja keluar pagi balik malam. Hari stocktake pulak pukul 7 dah ada dekat kedai. Masing masing macam mayat hidup bekerja. Sumpah penat gila. Semalam lah kira dah boleh duduk relaks sikit sebab semuanya dah siap. Tinggal kemas kemas kedai jea. Harini pulak cuti. Dugaan bulan puasa. Huhu.

Sekarang pon dah hari ke lapan puasa. Sebelum ni puasa dengan kawan dekat U. Kali ni rasa macam mana puasa sambil kerja. Memang tak rasa lama sangat nak berbuka. Bila tengok jam dah dekat nak berbuka. Kalau duduk rumah rasa macam lama sangat nak tunggu berbuka. Hidup aku sebagai seorang cashier dekat Guardian pon macam dah sampai klimaks jea sebab ni dah bulan 8. Bulan 9 nanti aku nak masuk U balik. Notis berhenti pon tak terhantar lagi. Hmm macam taknak jea berhenti. :D

Jadi mari saya kenalkan kawan saya dekat Guardian. Kawan tempat saya bergurau, bergaduh, mengadu dan sebagainya. Heee.



Ini Lin. Nama dia Charline Nollora. Tapi dia dah masuk Islam so kita panggil Nur Hazwani Charline. Eh orang nama Lin ni dia memang nakal eh? Masuk dia ni dah 3 orang kawan aku nama Lin. 3 orang ni nakal. Memang tak terkawal perangai dia. Umur dia baru 18. Tapi buat kerja memang cekap. Siapa tak kenal dia mesti cakap dia sombong. Sebab masa aku mula masuk dulu pun dia ni memang melaser jea. Sekarang aku pun terikut melaser sama.



Ini kakak promoter saya. Elvina Alice. Pon bukan Islam. Kawan pertama saya yang bukan beragama Islam. Dia yang selalu dengar aku potpet dekat kedai. Dengar aku mengadu itu ini. Tak sampai sebulan aku boleh ngam dengan dia. Rahsia masing masing pun tersimpan rapi jea. Tak tahu macam mana aku boleh percaya dia. Padahal mulut melaser jugak ni. Tapi ada aku kesah. Huhu.

*sila abaikan pakaian sebab hari hari baju sama. :D

Gambar keyholder jea takde sebab tak sempat nak tangkap gambar same same. Nanti nanti lah. Gambar keyholder kena hold dulu. Huhu.

Ok bye korang. Selamat berbuka.


Eh kejap.





Best x handphone ni? Heeeeeeeee :D

Friday, July 8, 2011

Macam Dulu dulu

Semua orang ada masalah kulit muka kan? Ecececeh awal entry takleh blahhh betullll T.T Aku pon ada masalah kulit muka. Kalau tengok dekat gambar nampak cantik kan? Hahaha itu semua menipu. Tapi ada yang original tau. Tapi kalau jumpe in person Farhana Anuar ni bukan seberapa sangat pun. Ok cukup cukup. Kalau orang lain masalah jerawat la hape la. Aku masalah kulit berminyak dan blackhead. Dah banyak produk dah aku pakai nak hilangkan masalah ni. Dah elok stay dengan produk tu, tukar dan tukar ikut suka hati aku. Hikhik.

Paling teruk aku ingat masa kerja Jakim dulu. Pehhh duduk dalam aircond. Keluar office terus minyak muka. Dengan panas lagi. Memang lepas tu jerawat banyak gile tumbuh tapi jerawat comel. Heee tapi lepas tu okay dah sikit. Sekarang jadi balik sejak kerja. 9 jam kena air cond bila balik naik kereta okay lagi. Kalau kena naik train yang paling tak tahan. Mesti kena lap dekat bahagian hidung paling banyak. Menci. So sekarang ni tengah guna produk UNZA. Wahaha sejak sejak ada Kak Elvina promoter produk UNZA dekat Guardian. UNZA kena capslock. :D

Lepas kerja Guardian baru tahu produk untuk face care banyak. Dan dan dan aku terjumpa produk nama Skinz. Kalau orang lain pernah dengar sila gelakkan aku sebab aku baru tahu. And now i'm using Skinz product which is :


Skinz UV White Purifying Facial Foam

Skinz UV White Purifying Facial Scrub


Skinz ini ada jugak Skinz Infinite tapi tu untuk golongan dah 30 above macam tu la. Alaa macam Safi Rania jugak. Kita muda pakai la Skinz UV White. Setakat ni stay dengan produk ni la. Dah sebulan macam tu la. Tapi yang facial foam tu baru lagi sebab sebelum ni pakai Nivea. See main tukar tukar kan? Nasib la muka ni tak gedik sangat nak tumbuh jerawat gumuk. Then start pakai barang Safi Balqis Perfect 10 pulok. Tapi hanya pakai :


Toner dan serum


Tapi sekarang wangi gila kan Safi ni? Dulu wangi jugak tapi taklah sewangi sekarang. Serius! Dulu memang pakai toner tapi lepastu stop. Kenapa? Malas nak beli. T.T Sekarang memang pakai dan akan terus pakai. Serum tu pulak nak cuba bagi cerahkan kulit dan seangkatan dengannya. Kata perfect 10. Teeeheee.

Dan masalah blackhead pulak aku pakai :


Biore cleansing strips


Macam biasa dulu pakai jugak lepastu stop. Sekarang pakai balik sebab dulu macam takde kesan jea. Tapi sekarang dengan sokongan kakak Elvina kesayangan pakai balik. Heee. Dia yang banyak tolong untuk masalah muka ni. :)

Semoga usaha ini membuahkan hasil. Boleh cantik macam dia ni.


Hahaha nak cantik macam Shila jea. Besok saya keje petang. Sekarang nak pergi tidur.

Ok bye.

Sunday, July 3, 2011

Hello Julai

Haiiiiiiiii. Excited dapat menulis balik. Hehehe. Sebenarnya ada masa jugak nak menulis kat blog tapi BB makcik i pinjam so kenalah tunda. Dan memandangkan harini cuti, boleh lah update. First of all, selamat menaymbut bulan baru. Hujung bulan dah puasa. Sumorang dah ganti puasa beluummmm? Bagus. Saya pon belum lagi. Heee. Sekejap nye dah nak puasa. Harap harap boleh lah puasa penuh. Kan3? :)

Dah 2 bulan kot cuti. Selama tu jugak aku kerja. Sorry lah kalau baca entry sekarang pasal kerja. I kan orang bekerja. So excited tu memang melebih sikit. Teeeheeee. ^.^ 2 3 hari ni aku sibuk buat planogram. Atau panggilan singkat plano. Susun barang ikut susunan yang betul. Dari kecil ke besar. Satu department untuk penjagaan muka kena rombak. Staff lain buat depatment lain. 9 jam menyiapkan planogram sahaja. 1 jam rehat. Kira 8 jam jea la siapkan plano. Itu pon tak siap sehari. Sambung hari esok dan esok sampai siap. Memang hari hari ada kerja lah. Penat makcik. :D

Balik kerja kaki mesti sakit sakit. Sehari suntuk berdiri. Itu yg ambil kesempatan duduk bila buat plano sebab rules memang tak boleh duduk masa kerja. Tapi pandai pandai lah nak hidup cari alasan konon susun barang ke semata nak duduk kan? Tapi sales dekat Rawang tak macam kawasan bandar lain. Sales hujung minggu pun kadang kadang tak banyak. Tapi tak boleh nak salahkan orang sebab kalau orang taknak masuk takkan nak paksa kan. So gaji pon tak banyak macam dekat bandar lain. Sebab tu kalau ada OT memang nak sangat. At least gaji lebih sikit. Sekarang ni belum terfikir lagi nak hantar notis berhenti kerja sebab belum rasa nak berhenti. Silap silap bulan 9 nanti i tak masuk balik belajar. Mana tahu kan? :D

Ok bye.

Saturday, June 18, 2011

Hati Gumbira

Mula mula ingat nak buat buat hilang ingatan 2 hari tapi tak jadi bila bangun pagi Atiq mesej cakap

'result check dekat email taw'

Fine. Kena jugak check kalau tak nak pergi kerja hati tak tenang. Hahaha. Terus online tapi singgah facebook dulu sebab nak tengok apa status para kawan kawan saya. Sambil buka email. Tapi boleh pulak lupa result hantar email mana satu. Gara gara email ada 3. Switch dekat email ke 2 baru ada result. Terpampang atas sekali UiTM hantar. Cara saya melihat result setiap kali result keluar. Tangan kiri tutup sebelah mata dan tangan kanan scroll ke bawah melihat gred dulu. Dari atas sampai bawah tengok LU ke G. Rasa nak menangis. Serius nak menangis. Dari atas ke bawah LU. Tapi pointer tak capai 3. Sikit jea lagi but its okay. I try my best last semester. And this is what i got.

Gara gara nak check result lambat keluar nak tunggu bas pergi kerja tapi tak apa. Sebab result amat menggembirakan. Ok sekarang nak pergi tidur sebab esok kerja lagi. I tak macam orang lain sabtu ahad cuti. T.T I kan pekerja terbaik. Muahahaha lagi berapa hari nak gaji. Gaji lagi? Seronok kan 2x kali gaji? :D

Wednesday, June 8, 2011

Sudah Sebulan

Genap sebulan dah aku kerja. Alhamdulilah. Rasa macam cepat jea. Ce teka apa aku dapat genap sebulan aku kerja? Gaji? Itu memang dapat. Baru masuk tadi. Hihihi. Seronok pulak dapat rasa gaji hasil titik peluh sendiri. :)

Aku dapat demam. Heee tapi alhamdulilah. Dugaan. Genap sebulan aku kerja terus demam. Aku mula keja 5 Mei haritu. 5 Jun aku demam. Tekak dah mula tak selesa hari sabtu lagi. Ahad tu pulak cuti. Terus tak bangun. Gagahkan diri bangun mandi jea. Lepastu tidur. Malam baru mak bawak pegi klinik sebab esok kena kerja tapi dapat MC sehari. Hari ni alhamdulilah dah boleh berjalan cuma sotset selsema dengan batuk jea tak habis lagi. Tapi tak bape best sebab kena layan customer dalam keadaan tak sihat macam ni.

Mak cakap
Orang tak biasa keje. Sekali keje macam tu la sakit sakit badan. Demam. Haa macam tu lah mak dengan ayah keje cari duit.

Dan hanya mampu tersenyum. Sebelum tu pon kena jugak.
Angah dah ada keje, duit broadband bayar sendiri lah. Along dia bayar die punye dah.

Senyum lagi. Teeeheeeee. Ok sekarang saya sudah faham bagaimana rasa orang susah bekerja. Sebelum ni paham dah tapi kali ni lagi betul betul faham. Tadi dapat gaji pun duk kira itu ini. Macam tak cukup. Tapi selagi tak membazir, mesti cukup punya lah.


Btw thanks korang yang follow walaupun berzaman tak update. Heeee.

Ohh Emi Adila tanya kenapa kena tukar email ke gmail eh? Sebab katanya pasni google dah tak kasi guna blog free ke camne tah. Dah lupa. Heee tapi lebih kurang macam tu lah. So kena tukar gmail. 1 lagi FaraaF tanya kenapa takda grant admin privileges? Ada mesti ada dik tapi kena cari balik. Kadang kadang dia hilang. Buat step tu betul betul :)

Thursday, May 26, 2011

Uniform Oren

Yeay. Esok cuti. Boleh main blog :D

Selalu kalau kerja shift pagi malam sempat jea nak update tapi kalau dah penyakit M tu datang, memang tidur paling utama. Penat tahu tak?

Oh korang tanya aku kerja mana eh? Hihi. GHRW. Haa ce tekaaa lagi! Guardian Hyper Rawang. Yea. Saya kerja dekat Guardian. Hari hari uniform warna oren. Sampai lupa dah nak pakai selendang macam mana sebab hari hari pakai tudung ekspress. Sekejap jea rasa tapi dah hampir sebulan kerja tapi rasa macam lama pulak kerja. Hikhik. Tapi nak nangis sebab gaji lambat lagi. Huaaa.

Mula mula masuk kerja tak tahu nak buat apa. Sebelum kerja, cuak fikir nanti dekat Guardian kawan ok tak? Boleh bagi kerjasama tak? Yela aku mana penah kerja. tuptup kena kerja. Memang lah cuak. Tapi alhamdulilah kawan semua ok. Tak rapat sangat tapi boleh ngam dengan semua. Err dengan 4 pekerja jea sebab tak ramai. Heee. Boleh lepak gelak gelak. Seronok. Sumpah seronok sangat. Tapi kerja mana yang tak penat kan? Biasalah. Layan customer. Buat housekeeping. Susun barang. Memang penat tapi bila banyak kerja tau tau dah boleh clock out untuk balik. Yeayy :)

Hari hari belajar benda baru. Sekarang jawatan cashier sebab apply pakai SPM. Heeee. Macam tercapai jea hasrat aku nak jadi cahier sebab dulu aku suka main main duit tipu bajet cashier. Hahaha. Macam biasa Guardian kan memang akan ada sale? Jadi kenalah cari barang barang untuk sale letak dalam 1 bakul. Keluar kan cake stand semua, malam sebelum tutup kedai susun. Letak starbust. Macam macam lagi lah. And ada mistery shopper. So kitorang kena greeting selamat datang dekat customer. Bagi further help. Hari hari kena mistery shopper 100% sebab kita tak tahu siapa customer yang datang. Memang muka aku senyum jea la layan customer.

Orang masuk jea kedai dengar lah laungan selamat datang kitorang. Sorang cakap semua menyahut cakap sekali. Huhu. Tak tahulah memang pesen orang pergi shopping awal ke hape tapi pagi pukul 10 baru bukak kedai dah ada customer. Ke Rawang jea macam tu? Hikhik. Jadi kalau adalah sesape tersesat pergi Guardian dekat Rawan tu and nampak saya. Jangan toleh 2x sebab itu memang saya. Dekat sana tak silap lebih dari 1 Guardian. Tempat saya dekat Giant besar bukan Parkson. Sebab Parkson pun ada Giant tapi tu pasaraya kecik saja.

Huu sekali dah membebel banyak pulak. Takpelah. Sekali sekala. Hihi. Kalau nak tanya ada apa best sekarang promotion tanyalah. Hehehe itu pun kalau teringat tapi untuk hari ni sampai end of this month kosmetik ada promotion. Sabtu ahad di sarankan pergi Guardian sebab nanti dapat kupon RM5 tau ikut purchase :)


Ok bye.

Sunday, May 15, 2011

Saya orang bekerja

Dah seminggu tak update. Sorry sangat. Mungkin ada yang dah tahu. Sekarang saya sudah kerja :)

Dekat mana? Kerja apa? Haaa ce tekaaa ce tekaaaa :D Dalam seminggu ni seronok kerja tapi biasalah penat. Bila sekali dapat tidur rasa nak tidur lama kea tapi tak boleh sebab esoknya dah kerja. Bila dah dekat tempat kerja tak penat pun cuma yang penat bila kena naik bas, tunggu train. Tu penat. Kalau masuk kerja pukul 1 petang, pukul 10 dah nak kena keluar. Nak tunggu bas lagi. Penat. Orang tak biasa bekerja. Huhu. Tapi bila dah kerja seronok. Masa tidur mimpi mimpi tempat kerja. Hahaha itu melampau kan tapi memang betul.

Nanti update lain lah. Tak larat. Tunggu saya cuti la eh saya update panjang sikit.

:)

Saturday, May 7, 2011

My ZA dekat Juvana

Finally. I'm done watching Juvana. Dua dua episod. Thanks Ayu pinjamkan laptop dan password tonton. Dapat jugak saya tonton buah hati yang di kebas orang itu. Ok gurau! Jap g aku kena sue pulak mandai mandai cakap kena kebas =.=

Secara keseluruhan cerita itu sangat bagus. Bukan sebab ZA saya ada sebab jalan cerita dan dialog mereka yang for me sangat ok. Pelakon pon not bad. I loveee Beto Kushairi (kalau x salah) jadi Timbalan Warden. Very the garang! ZA saya dengan watak innocent beliau. Tapi tak sanggup tengok dia kena belasah :D Heeeee.

Kalau tak sempat nak tengok mana mana drama dekat tv, sila lah subscribe tonton sekarang! Dapat tengok banyaaaaakkk drama kalau dah ter miss. Saya pernah buat akaun tapi lupa password. Boleh pulak kan lupa T.T




Selamat tinggal penghuni 5A. Lagi 4 bulan jumpa lagi. Kalau di panjangkan umur. :(

Friday, May 6, 2011

I'm freeeee!

Yeay. Merdeka sudah. Orang lain awal dah merdeka. Aku baru jea lepas azab. Fuuhhh!

Semalam habis jea last paper, petang tu pergi TTDI lepak kedai Atiq dan Ayu. Bukan kedai mereka. Kedai tempat mereka bekerja. Saja saja nak cuba minuman kat situ. Oh. Nama kedai tu Shake Ville. Aku and Dila try minuman kesihatan dekat situ. Tapi kitorg share. Suppose tak payah share pun hahahha! Tapi sebab takut tak habis kena lah share. 3 minuman tu around RM15 jea. Kalau nak compare beli produk dia yang harga 3 4 ratus. Baik pergi minum hari hari bayar RM15 saja. Aku tak hafal sangat benefit minuman ni. Nak tau kena lah tanya Atiq atau Ayu. Tapi yang aku tahu minuman ni bagus untuk dalaman. Sapa yang perut buncit boleh kempiskan. Dia bagi shape kan badan korang.

Minum kena peringkat. 1st aloevera, 2nd teh, 3rd shake. Boleh pilih vanilla, coklat, atau strawberry. Tapi yang ketiga ni aku memang tak boleh telan so Dila tolong habiskan. :D Ingat harini nak ikut lepak sekali tapi oleh kerana mereka pergi awal pagi tak dapek la den nak nolong! Aku memang sukar bangun awal. Hahahaha.

Sebab saya dah merdeka, tengah tunggu masa nak cari nafkah!

Ok Bubbyeee!

Wednesday, May 4, 2011

Tak tau nak bubuh tajuk apa :D

Hai. Hari ni dah masuk 4 Mei. Mungkin malam nanti baru balik puncak sebab esok ada paper. Jangan tanya paper apa. Doakan saja :)

Hari Ahad lepas jaga baby Anis. I loveeee Anis. Heeee rasa macam jaga Ekin masa dia kecik dulu. Now turn mengerjakan baby Anis. Ada video tapi nanti la upload sebab masih dalam phone.

Habis paper esok, mula lah cuti 4 bulan. Lama ok! Tapi nasib baik saya dah ada plan. Jeng jeng jeng. Semoga segalanya di permudahkan. Amin. Dan selama 4 bulan tu saya stay dekat Sungai Buloh je. Lebih selesa dan paling penting lebih mengenyangkan.

Tak tahu nak merepek kerepek apa lagi. :D

Byebye!


Psst : Pada orang tu, tolonglah jangan ingat awak bagus sgt. Tolong la bertimbang rasa okeh!

Tuesday, May 3, 2011

Lirik Lagu dan Video : Aliyah Kisah Hati



Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Sunday, May 1, 2011

Pelamin saya musnahhhhhh :D

Kredit to Mstar Online

Ayu post link ni dekat wall. Sabor jea la. Walaupun hati ini sedih tapi saya tetap mendoakan kebahagiaan mereka. =.=

Tapi tetap nak pergi merajuk. Bye.



Suweet gile pakai pink. Kan? :))

Sunday, April 24, 2011

Kerana Cinematic

Hai. :)

Ok sekarang boleh senyum sebab assignment yang aku duk bising payah tu dah settle. Harap aku lulus. Amin. aku buat dalam masa 1 hari setengah. Kira hari ni pagi aku mula sampai pagi esoknya kul 6. Hahaha tah ape jadi dekat assignment tu pun aku tak tau. Tapi aku masih waras untuk menaip konsep dengan betul. Sambil mata kuyu-kuyu taip dekat words. Pehhh habis siap print out keje terus golek golek nak sambung tido. Tapi tak boleh.

Nak tahu ke apa keje yang aku duk bising payah tu? Tengok tak entry sebelum ni ada gambar assignment aku. Nampak tak tajuk dia 'Cinematic Communication'.

Aku di fahamkan subjek ni baru lagi dan akan di jadikan subjek fakulti. Pehhh siapa yang akan ambil sebagai major tu memang korang akan perah otak la. Serius aku masuk kelas tu aku blur habis. Tapi bila terang 1 by 1 tu aku faham la. Bila masuk kelas jea aku blur. Tajuk assignment tu 'Konsep Cinematic dalam filem The Song of Sparrows'. Cerita tu kena tengok dalam kelas. Yang bestnye kelas ni tutorial sejam tengok movie berjam. Biasa ah. Budak TEKA memang tu jea keje dalam kelas. Masa tengok dalam kelas aku g bantai tido. Memang terbaik. Cerita tu kalau tak silap Iran kot tapi takde subtitle. Last last semua tak larat nak tengok pakat balik rumah tengok kat youtube. Korang search la dan tengok. Memang best. Lagi best ada subtitle dekat youtube. :)

Cerita tu arahan Majid Majidi. Bila jadi budak filem ni banyak benefits sebab dari filem yang kita tak pernah tahu wujud, sebenarnya wujud. Filem ni banyak mengajar pasal kehidupan. Jadi aku kena tengok filem ni dan kaji based on konsep yang Cik Mas dah bagi. Yes Cik Maszalida adalah pensyarah untuk subjek ini. Kena kaji based on Cinematic Time dengan Cinematic Space. Bawah cinematic tu ada konsep then pilih and elaborate. Tu yang sampai 15 pages tu. Sejak sejak dah buat tugasan tu, masing masing lepas tu bajet cakap pasal konsep jea. Dan ini jugak benefits budak filem so bila kita mengkritik filem bukan hanya kritikan kosong yang semua orang boleh kritik. Kita kritik based on apa yang kita dah belajar. Best kan?

Imej ihsan google

Pergi search sekarang dekat youtube. Memang best. Nak tengok filem Majidi yang lain tapi internet slow =.=

Thursday, April 21, 2011

Lirik lagu Grenade - Bruno Mars

Easy come, easy go
That’s just how you live, oh
Take, take, take it all,
But you never give
Should of known you was trouble from the first kiss, Had your eyes wide open -
Why were they open?
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love is all I ever asked, Cause what you don’t understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I’d do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won’t do the same

No, no, no, no
Black, black, black and blue beat me till I’m numb Tell the devil I said “hey” when you get back to where you’re from
Mad woman, bad woman,
That’s just what you are, yeah,
You’ll smile in my face then rip the breaks out my car
Gave you all I had

And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, yes you did
To give me all your love is all I ever asked Cause what you don’t understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I’d do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won’t do the same

If my body was on fire, ooh You’ d watch me burn down in flames You said you loved me you’re a liar Cause you never, ever, ever did baby…
But darling I’ll still catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I’d do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won’t do the same.
No, you won’t do the same,
You wouldn’t do the same,
Ooh, you’ll never do the same,
No, no, no, no


Aku suka gila lagu dia yang ni.

Hip hip hurrraaaaiiiii!

Hip hip hoorraayyy!

Finally siap jugak assignment yang aku cakap 15 page tu. Dengar macam "hek eleh 15 pun kecoh. Aku 30 tak heran." Yela kau. Aku 15 page ni pun terkial-kial nak buat. Kalau senang takpe. Ni subjek baru so agak payah la nak buat. Plus dlm kelas pon aku lost. So tell me. Macam mana aku nak buat assignment ni kan? But alhamdulilah. Siap jugak. Seronot ronot! :)



Assignment terakhir semester ini. Heeee

Lepas dah settle hantar assignment, pergi kandang lepak makan. Nak makan nasi tongkol tapi kedai baru nak bukak. So makanlah nasi campur. Memang lepas ni aku tak pergi kedai tu sebab kotor ok? Aku pun redha jea makan kat situ dengan tak pandang kiri kanan. Takut nampak sesuatu yang geli dan aku akan muntah waktu itu jugak.



Apa kes selipar ni bergelimpangan seperti ikan yang terdampar di tepi lautan? Ohh balik hantar assignment kitorang kemas laman sebab ada kencing kucing. Habis selipar kitorang semua. Balik tu sengseng kaki seluar semua mulakan tugas mencuci dengan Ayu dan Atiq since yang lain dah balik rumah. Wuwuwu jeles =.=

Then kemas atas rumah lak. Menyapu dan mop habis-habisan. Pay back tidur. Tu diaaa. memang berbaloi. Seronot ronot cheq tidoq. Esok boleh balik dengan tenang. Ada seminggu lagi untuk preparation exam final. Wish me luck! :)


Aku rasa macam fakulti aku yang ada final paper sikit jea? Yang lain semua tak formal. Kan3?

Wednesday, April 20, 2011

Petunjuk

Awal kan aku update blog arini?

Semalam cadang nak siapkan lah keje yang 15 page tu sikit sikit. Baru siap sinopsis dah kroh kroh kroh! Dengan komputer aku pasang tak tutup. Memang bagus. Pagi pagi ni bangun basuh muka semua, terus mengadap kerja. Aku biasalah. Kalau buat assignment, memang relax sikit. Semua orang tahu tu. Hari ni jugak kena struggle buat kerja ni sampai siap. Hoi esok dah nak kena hantar hoi.

Dan kerana itu, mungkin ada hikmah semua ini. FACEBOOK aku xboleh bukak. Bukan sebab kena hack. Tapi asal aku bukak jea web dia, melilau ke yahoo pulak. Banyak kali dah. Itu tanda, jangan bukak FACEBOOK selagi kerja kau tak siap Fana!

Ok fokus.Bye.

Kite bako jea~

Tuesday, April 19, 2011

Macam mana nak tukar blog punya email ke gmail

Si Arina tanya aku. Dia tak paham nak buat. Haih aku pun tak pandai sangat tapi demi ko aku buat Arina. Wakaka! :D

Macam mana nak tukar eh? Kejap aku refresh pale hotak aku. Kau bayar aku taw Arina sebab kau aku delay buat keje Cik Mas. Huhuhu.

Mari terus kepada tutorial.

1. Sila sign up akaun gmail anda. Kalau dah ada tak payah sign up lagi. Buang masa tenaga semua. Lepas dah ada email gmail. Pergi log in blog pakai jea email yahoo macam biasa.

2. Lepas tu pergi setting. Pergi bahagian permission dan add author. Author tu adalah email gmail korang tadi seperti contoh email gmail aku : melfarhana@gmail.com. Gituuu melfarhana kau jgn main main. Mel taw! Jangan lupa invite dekat email tu.

3. Lepas tu pegi login gmail korang dan tekan link ke blog. Dah tekan nanti dia akan cakap ni : to login apa jadah semua tu kan pastu klik here kan? Korang klik jea here jangan takut dan korang akan di bawa ke dashboard. Kat dashboard tu kau isi la apa yang patut.

4. Lepas tu pergi logout gmail masuk balik yahoo punya email macam biasa. Pergi balik dekat setting-permission balik. Lepastu klik grant admin privileges.

5. Nama ngan email yahoo yg lama tu boleh remove dah dan sekarang dah boleh login blog dengan gmail punya akaun. Yeay tepuk tangan!

Faham kan cik Arina? Cakap paham. Kalau dah buat, sila bagitahu. Teeehheee. Oh yea. Siapa yang dah tukar email gmail tu jangan lupa follow balik blog lain sebab dashboard akan kosong tapi tak tau la kalau ada cara lain kan. Okk byebye!

Semua bloggers. Sila ambil perhatian!

Kalau korang selalu log in blog dengan akaun yahoo, sila tukar dengan email gmail kerana takut blog korang akan hilang bila guna akaun yahoo. Ha takut tak takut tak? Aku pun bila baca macam takut ah. Bukan senang nak buat blog balik. (senang tapi keyword dia adalah malas) Kena bagi alasan lagi. Malas malas malas. =.=

Jadi sila tukar yea akaun anda? Tak tahu bagaimana dan nak tahu? Sila terus kepada :

- Kujie

Aku tahu pun sebab adik aku si Yana ni bagitahu. Terima kasih. Aku dah tukar kepada akaun gmail. Ya Allah payah sungguh tadi aku nak tukar. Err ke aku tak paham? Janji dah tukar. Lepastu korang pegi la follow balik korang punye blog yang korang follow dulu sebab dashboard anda memang totally kosong nanti. Sambil sambil follow tu, follow sekali blog aku. Sebab aku yang bagitahu kan. Hahahah siapa tak follow kena sembelit. Fuhhh! Ok gurau.

Okbye.

Jap nak back up blog cmane?

Saturday, April 16, 2011

Lin ada blog wehhhh

Apa kita nak cakap hari ni?

Oh yea. Sekarang ni berada di bilik Azlin Azmi dan Adilah Azam. 3 3 orang hamba Allah ni update facebook dan blog dalam masa yang sama. Azlin Azmi dah ada blog tau. Sila klik sini. Dan Adilah Azam punye klik sini.

Sila la tekan dan follow mereka.

Hahahah boleh tak update tu jea? Byebye.






Wednesday, April 13, 2011

Update hari ni

Hai. Saja nak update. Hari ni aktiviti pergi dining untuk settle kerja group yang kena present jumaat nih. Sementara hidung masih mengalirkan air terjun. eeeyaakkkk! :D

Nak kata demam, demam la jugak. Suara da sengau sengau. Nasib tak kasar. Alhamdulilah hanya selsema saja bukan batuk. Nanti nak exam payah lak orang lain nak fokus memandangkan aku ganggu dengan bunyi batuk kan?

Ok bye.

Tuesday, April 12, 2011

Persembahan Kreatif -PART 2

Ok. Ini adalah post part 2 punya. Memandangkan gambar dah dapat dari kamera orang(dari kamera sendiri malas nak transfer) sekarang saya akan update kisah persembahan kreatif ini.

Mesti ramai tertanya kan. Ececehh. Sebenarnya benda ni masa diploma part 3 dulu aku penah buat. Kena perform sajak, pantun, konotasi tapi orang lain punya. Tapi kali ni, degree part 2 kitorang kena perform lagi. Benda sama tapi ciptaan sendiri. Kira pantun, sajak, konotasi semua sendiri punya. Pantun ialah pantun berkait atau seloka, sajak dan konotasi. 3 benda kena perform. Di sebabkan aku dah degree, taknak dah buat cikai cikai masa diploma dulu, aku buat lah gempak sikit. Tak la gempak pun. Bubuh background muzik jea. Tapi kali ni aku berani la tunjuk muka baca sajak dari dulu aku baca sambil tutup muka dengan kertas. :D

Lets go deeper into the subject, shall we? (tetibe masuk BEL)



Permulaan sebelum persembahan bermula


Aku : Lin ni pesal? :D

Azura dan Atiq

Setelah selesai persembahan Dila peserta terakhir


Ehhh tu je gambar? Gebang macam banyak sangat gambar kan? Hehehe. Malas nak resize dan watermark gambar.

Dan seperti yang telah di beritahu, aku deklamasikan sajak tajuk 'Si penjaga panggung' dan pantun berkait. Di iringi dengan muzik instrumental Time for Us dari The Phantom of the Opera untuk sajak dan Joget Pahang untuk pantun berkait.

Ada video untuk persembahan ni. Tapi macam takut jea nak upload. Hihih takut ke segan? Bagi cheq pikiaq dulu naaa. Nanti cheq decide nak upload tak video tu. :)

Sunday, April 10, 2011

Kurang Sikit Bebanan

Hai. Selesai dah pun tugasan yang berat gile rasenye last week. Dengan presentation BEL, persembahan kreatif. Alhamdulilah. Segalanya di permudahkan Allah. Amin. Sekarang ni aku tengah berehat dekat rumah Sg Buloh. Badan pun rasa nak demam. Mungkin terlalu penat. Sumpah rasa tak sabar nak tamat sem 2 ni. Banyak sangat kerja. Inilah beza kot diploma dengan degree. Fuhhhh.

Gambar and video persembahan kreatif dah copy dari kawan. Nanti ada masa aku update pasal persembahan tu. Dan berdoalah supaya dapat melihat video nyanyian ku. Hahahaha. Pyepye! :D

Friday, April 8, 2011

Persembahan Kreatif -PART 1

Hai. Happy Friday everyone.

Sekarang saya sedang membuat persiapan untuk persembahan kreatif jam 3 petang ini. Persembahan tersebut merangkumi sajak, pantun berkait, dan konotasi.

Saya memilih sajak dengan iringan muzik instrumental The Phantom of The Opera - Time for Us dan pantun berkait dengan iringan lagu joget Pahang.

Wish me luck. :)


Update later.

Wednesday, March 23, 2011

Saya Bukan Yuna, Saya Farhana

Tetiba rasa nak buat tutorial. Kann? :D

Sorry for this tutorial takde video macam orang lain buat. Apa eh nak nama kan gaya ni? Errr ikut suka lah nak letak nama style ape.

Sangat mudah. Semua orang boleh cuba.

Apa yang anda perlukan :

- Tudung syria
- Inner. (tak kisah inner warna ape)
- Selendang cotton or jojet

Cara-cara :

Pakai inner dan sarung tudung syria anda. Seperti gambar di bawah :


Taraaa :)

Inner tu nak tukar kaler lain pon xpe. Ikot mood ke warne baju ke kan? Then amik selendang jojet atau cotton korang ikut warna dan mood juga dan pakai kan seperti ini :


Taraa :)


Selendang tu just pin kat kepala pakai jarum peniti and selempang kan saja kiri kanan dan kemaskan. Pin kan. Mudah kan. Sorry again no video. Tapi paham kan?

I choose orange sebab baju i oren jadi inner kena lah ikut tema. Ni waktu pergi kelas CTU isnin aritu. Pakai macam ni masa pakai baju kurung jea. Nampak sopan gituwwww. Plus tudung syria tu pendek. Pakai macam ni nampak la macam pakai baju labuh sikit. Huahahahah.


Selamat mencuba :)


Akan pakai begini semasa wed kakak saya nanti.





Video Konvo November 2010

Ok. Video ni masa aku konvo bulan 11 tahun lepas. Atiq da upload kat youtube so aku boleh copy html and paste kat sini. Hahaha. Ni video hasil kerja Atiq. Tenkiu bebeh. :)





Harap dapat konvo lagi untuk degree bersama kawan yang lain. Amin. :)

Dah Macam Anwar Hadi Dah

Penah tengok kan vlog Anwar Hadi? Idk di panggil vlog atau x tapi ni lagi 1 penemuan baru ke penemuan dah lama aku je baru tahu? Hahaha never mind. Sebelum ni penah tengok vlog ni tapi yg dia buat 'Perkara yang perlu buat ketika cuti sekolah'. Yang tu not bad la. Tapi yang top 3 aku letak ni best. Sangat kelakar. Banyak lagi sebenarnya. Boleh check it out sendiri.












Terasa macam nak buat satu vlog la. Ehehehehe






Sunday, March 20, 2011

Sampai Hati


Serius tatau pun diorang dah bertunang. Saya frust saya frust. Nak pergi merajuk. Bye :(

Sunday, March 13, 2011

Selamat Bertunang Abang Ijai :)

13 Mac 2011.

Hari ni pergi hantar rombongan meminang dekat seksyen 19. Anak lelaki bongsu maklang bertunang. Yusrizal tapi saya panggil abang Ijai. Wah sudah besar haaa abang Ijai. Sudah mahu kawin. Dulu masa saya kecik selalu bermain sama abang Ijai. (main lah sangat.duk menenggek dalam bilik bujang tiap kali kenduri umah maklang) Sekarang dah besar tegur pon tidak. Malu ke? Tak jugakk. Saya jadi jurukamera simpanan macam biasa dan menambah koleksi gambar jea. Plus mak yang suruh. Saya kan rajin ikut ikut pergi meminang orang ni. :D

Jom gambar :



Mak saya pakai baju hijau :)

Ayah saya :)

Pihak lelaki


Taraaa : Zarifah tunang abang Ijai :)

Ni maklang saya



Saudara mara lelaki


Bila nak pergi hantar rombongan untuk along yeaa? Hurmmm :DD





Monday, March 7, 2011

D.U.I.T

Sebenarnya saya suka duit. Siapa tak suka duit kan? Mak selalu cakap :

Angah kalau bagi duit tak menolak.

Ya betul. Itulah saya. Hahahah. Kalau ada duit pun, bila mak tanya nak duit tak, i'll never said taknak. Mak ayah memang paham sangat perangai saya. Tapi kadang kadang bila fikir kesian mak ayah bagi duit padehal duit sendiri ada. Tapi nak buat cmne. Can't help it. Yelaa. Mak ayah ade tanggungan lain. Nasibla yang masih belajar saya dan adik sahaja. Abang dah habis belaja so pegi cari keja. Macam saya ada income lain sebab ada loan. Adik mana ada. Harap mak ayah la tapi yang budak tu pulak kedekut. Tapi jimat. Haaaaa. Dan dia pun tidak pernah menolak duit malah sering meminta balik duit yang di pinjam. Ish ish ish. :D

Jadi saya rasa macam nak kerja jea cuti semester nanti. At least kalau saya nak berbelanja ada duit poket sendiri. Plus saya nak bayar duit sewa dan bil lagi. Saya pun ada tanggungan. :D
Bila ada duit, tak adalah menyusahkan orang lain. Bila ada duit boleh la berjimba. Hahahah. Jadi di mana saya mahu kerja cuti ini? Taknak la jauh sangat. Sekitar Shah Alam pun dah cukup ok asal ada transport seperti bas.



Ada orang cakap saya belaja penulisan tapi nanti nak bukak nursery. Ada masalah ke?





Thursday, March 3, 2011

Talk To My Hand + Osteoporosis

Demmm siapa yang bagi memory card aku virus haaaa? Habis gambar semuaaaaa. Macam mana nak update.

Huh. Alasan semata.


Nanti saya datang balik. Tekejar-kejar ni haa nak buat outline. Next week I lah orang 1st akan memberi speech kepada classmate. Omaigod(nada gedik) terujaaaa. :D

Puan Roza : Farah, do you want to take the challenge?

Aim habis ni muka aku. Mentang duk depan. I was like huhhh? Sambil senyum senyum pandang Puan Roza.

Puan Roza : Why are you smiling?

Teeeeheeee. Ok la. I'll take the challenge. Bila aku da amik no 1, semua mengikut no 2 dan seterusnya. Haiihhh kenapalah korang taknak masa mula-mula Puan Roza ckp siapa nak ikut teori dia? Whyyy? -_-

Tajuk speech : The treatment of osteoporosis.


Wawawawawa good luck :)

Wednesday, March 2, 2011

Petua Menegur Orang

Perbezaan pendapat dan pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah. Apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa. Allah s.w.t. telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran, ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya. Janganlah pula kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar. Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya.



Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.



3 faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah:


1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur

2. Mencari waktu yang tepat

3. Memahami kedudukan orang yang ditegur



Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira samaada kita pemimpin atau tidak, tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia. Kalau kita gagal mengawal perasaan kita berhujah, pasti akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.


Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain. Ia terkandung dalam Al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;

‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

Oleh itu kita perlulah berhemah apabila menegur “kesilapan” orang lain. Jangan kita mudah ikut hati atau emosi kita tanpa menyiasat keadaan sebenar. “Kesilapan” orang lain mungkin bukan “kesilapan” bagi mereka, kerana mungkin mereka ada sebab-sebab yang kukuh yang mendorong mereka membuat sesuatu perkara. Jadi, eloklah kita siasat atau Tanya dengan cara berhemah untuk mengetahui kedudukan sebenarnya.



Copy paste from facebook :) Haaaaaa silalah bacaaaaaaa

Kejadian Tolak Tolak Kepala

Bila browse kat bahagian dokumen jumpa gambar ni :


Sorry gambar kabur sbb zoom

Gambar ni capture masa bila tak ingat pulak tapi masa ni aku baru balik kelas. Ramai ramai dengan housemate nak balik ke rumah. Tengah rancak borak sambil jalan makcik indon ngan budak naik basikal atas tu pun lalu. Kitorang pandang jea seperti biasa. Tengok budak tu main basikal. Tiba-tiba :

Makcik indon : Naik basikal tu elok la sikit (sambil tolak kepala budak kecik)

Budak tu memang nak jatuh dah dari basikal. Kalau ye pon tahan la budak tu dari jatuh dengan cara paling polite boleh tak?


Well hello indon. Budak tu terang terang kecik lagi. Kau dah dibagi tugas di bagi gaji untuk jaga dia. Jaga lah elok elok. Yang kau tolak tolak kepala dia kenapa? Tengok pulak basikal dia tayar berapa? What do you expect?Kalau budak tu dah pandai bawak basikal takpe. Kitorang tengok satu sama lain lepas indon ni tolak kepala budak tu. Terus aku rakam indon ni tapi dia dah takde buat apa apa pulak. Mungkin masa dia tolak kepala budak tu dia lupa kitorang dekat belakang pandang. Lepas dah tolak baru ingat kitorang ada.

Rasa geram sungguh tengok perangai indon ni. Bukan nak cakap semua indon macam ni tapi ada segelintir yang buat indon lain busuk sama. Tengok jea la video indon pijak pijak, pukul pukul anak majikan. So no wonder ade indon yang kena belasah dengan majikan. Sendiri fikir lah. Maaf untuk entry ini. Peace yawwww :D

Sunday, February 13, 2011

Santai Bebeh! :D

Woah. I'm listening to this radio right now tapi radio ni tak selalu ade sebab ini radio internet. (??)

Klik sini.

Korang boleh request lagu ape jea. Yang bestnye lagu korang akan di putarkan secepat mungkin. Haaaa best x best x? Ooopppsss malam ni sayalah pendengar setia ini radio since lame tak dengar. Dan kat shoutbox tu memang aku jea keje shout shout. Hahahaah. Enjoy :)

Saturday, February 12, 2011

(sambil lap lap blog)

Haiii. :) Cuma nak bagitahu yang blog ni memang akan jarang di update. Harap maklum. Sorry.


psss : patutlah readers pon takut nak follow. main nak xnak jea update.

Monday, February 7, 2011

Dari Cuti Sampai Habis Cuti

Berhabuk blog ni. Tulun tiupkan. Orang lain hari hari update. Aku sekarang seminggu sekali pon payah. Haih. Cuti seminggu aritu pun x update. Ape nak jadi? Kasihan ini blog.

Cuti haritu hangout dengan kawan sekolah. Hangout taw uolss. Nak jugak pakai word 'hangout' tu. Bajet ewww. :D

Jomjom tengok gambar.


Si kurus :D

:)

Punye lame bejalan sampai KTM baru sebok nak tangkap gambar. Tu pun masa nak balik jea. Oh. Kami bejalan-jalan di Times Square dan Jalan Tar. Plan nak pegi Jalan Hang Tuah cari tempat borong beg sume tapi x jumpe.

Settle cuti, Jumaat sudah berada di Puncak. Awal kan? Nasib Lin, Dila, Atiq dan Zura balik hari yang sama. Seperti biasa sibuk nak buat keje yang tergendala masa cuti aritu. Masih tak siap. :D

Hari ni dah mule kelas. Sumpah rasa malas gile nak bangun pagi. Hahah tapi gagah kan lah jugak mata ni. Dan rumah sekarang ade penyewa baru tapi dia xnak bayar sewa. Berani kan? Meh sini tengok muka kau yang tak reti bayar sewa tu.


Oh dah xnak bayar sewa manje manje ngan aku ye?

Meet Kiko. Nad punye. Comel kan? Jinak. Kalau tak berani pulak aku dukung macam tu. Silap silap kena gigit tunggu lah petir hahaha. Aku nak 1 lah. Buleh? Bawak balik Sg Buloh. Confirm Mak Ham cakap : ape ni ngah yang bukan bukan je?

Hahahaha sila fikir balik Fana nak beli xnak. RM350? Hurmmm berbaloi ke tak. Tapi kalau ade orang nak belikan aku amik saja. Takde hal. Bagi complete taw dengan baju, pampers semua. Kau ingat Kiko tu naked ape? Pakai pampers hokeh?

Friday, January 28, 2011

Gongxi Gongxi :D


Saje letak gambar sebab dah lama tak update. Hahah been busy lately. Sangat teramat. Sumpah tak tipu. Kali ni tak terdetik sgt nak bukak blog. Besok nak balik cuti raya. Seminggu. Tapi cuti tak nampak seperti cuti. Nampak seperti hari kelas juga kerana tugasan sangat banyak. Oh man!

Tak apa. Cuti ni ingat nak bawak gumuk tengok wayang. Tu pun kalau die nak. Aku pun malas nak stress sangat dengan tugasan. Kita berjimba jugak. Bila kol mak, mak cakap gumuk rindu aku. Hahahah sumpah kelakar. Ade la benda nak kenakan aku. Macam angah taktau dik oiii :D
Mari listdownkan tugasan :

- Pemikiran Bahasa : Teori Kitsch
- BEL 492 : Organizing The Body of Speech
- Music and Society : Music Characteristic

Yayayaya. Semoga berjaya :)

Saturday, January 22, 2011

Saya pun pandai la :)

Seperti weekend weekend yang lepas, aktiviti aku hanya menidurkan diri dan membosankan diri di rumah. Macam biase ahh. Bila petang, perut pun mulalah lapar. Keluarkan lebih daging kisar yang beli untuk buat bubur masa BBQ aritu. Tapi tak tahu lagi daging kisar tu nak buat ape. Tetibe terasa nak buat meatball. Bagi cadangan dekat Dila, Dila cakap ok. Sepantas kilat aku berlari menuju ke bilik untuk search resipi bagaimana nak buat meatball. Hahaha orang tak pernah buat meatball kenalah cari resipi dulu.

Bahan-bahan :
Daging kisar
Bawang besar di hiris
Cili api di tumbuk
Telur
Lada sulah
Garam

Ini yang aku search terus keluar resipinya. Tak tahu lah kalau ade cara lain.

Cara-cara :
Masukkan semua bahan tadi dan gaul bersama ke dalam daging kisar dan bentukkan menjadi bulat.


Setelah bahan semua siap, acara menggentel daging pun bermula. Sambil gentel sambil fikir dengan Dila meatball tu nak masak ape. Last last kitorang kasi eksperimen sama itu daging. Goreng dulu. Kalau tak hancur, kita buat jea meatball goreng.

Hasilnya :

Tarraaaaa :)

Meatball goreng :P

Menarik tertarik tak? Hahaha. Dila pula buat sup kosong. Terbaik ahh makan dengan nasi putih. Maklumlah. Lauk orang bujang. Kadang kadang aku fikir gak, aku ni kos masak masak ke kos tulis tulis? Keje masak jea kat rumah. :P


Siapa yang nak kahwin tu, kalau tak tahu nak masak ape untuk hubby, masakla ikut resipi i. Jimat taw? Hahahaha. Siapa lah tu agaknya? :P

Tuesday, January 18, 2011

Jom Update! :)

Lama tak ber-update blog. Macam Marya cakap blog bersawang! Yayayay true. I've told you. Aku sibok. Tak tipu punye. Berjimba pun tak ok tapi sempat shopping inner tudung tapi online jea la. Nak keluar memang tak la. Mak pun tacing aku tak kol die. Huhuhu. Sorry la sorry.

Harini kelas pukul 5. Ade masa lagi mari update. Tipulah kalau aku tak bukak blog. Bukak tu bukak tapi baca update orang and tengok kalau kalau ade komen. Aku dapat komen di bawah ni dan terus publish without baca pun. Kalau aku baca agak agak aku paham tak?


Aku paham tak komen ni? Tak paham kan? Terus publish jea la. Btw thanks anonymous. Daniel namanya. Huhuhu. Lepas tu baru terfikir nak translate ape Daniel ni cakap.

Yeayy dah tahu dia cakap ape. Oh ye. Daniel ni komen dekat entry derma darah. Tapi paham pulak eh si Daniel ni bahasa aku. Tapi kenapa aku tak paham bahasa die? :D


Esok nak berjimba dengan Lin. Bukanlah berjimba pun. Nak teman dia ambil gambar konvo dekat induk then g bank in duit shawl sambil cuci mata tengok baju kurung untuk wedding kakak saya nanti.

Sunday, January 9, 2011

Selamat Bertunang! :)

Seperti yang di janjikan. Cerita tahun baru ini. Ni lah aktiviti untuk hari 1st awal tahun 2011 ni. Pergi meraikan hari pertunangan kawan sekolah, Nurul Hidayah! :)

Sebulan sebelum Dayah bertunang, dia dah inform awal awal kat kitorang semua dan masing masing dah plan nak pergi. Masa bincang ramai yang nak pergi, tup tup 3 orang jea yang jadi pergi. Aku senang jea. Ada orang bawak, aku pergi la. Kalau takde duduk lah rumah diam diam. Then Anis cakap pergi dengan dia. Aku, Wa aka Suhaila dan Anis jea yang pergi. Yang lain ada hal. Macam ayah aku cakap, orang buat kenduri kita pergi. Nanti kita kenduri orang tak nak datang pulak. Betul betul tapi aku antara orang yang malas nak pergi kenduri walaupun dekat. Macam mana?

Jom kita tengok gambar. Kalau ada muka wajib tayang tu harap maklum lah yea? Sebab diorang memang suka menayang muka. Nasib lah aku baik hala kan jugak la Nikon aku dekat diorang. :D


Pelamin. Simple jea kan? Buat sendiri kata Dayah.

:)

Alololo comelnya :P

Pelamin dan hantaran belah perempuan

Meet Fairuz dan anaknya. Lama tak jumpa Mek ni.


Sementara tunggu pihak lelaki, kitorang keje tangkap gambar jea. Janji Melayu. Janji 2.30 tapi 2.30 tu kitorang tengah makan lagi dekat khemah rumah Dayah. Pihak lelaki tak gak datang. Sabar sabar.

Beberapa jam selepas itu :


Taraaa. Sampai punnnn

:)

Hantaran lelaki dan perempuan.

Selamat semuanya. Ni lah Wan tunang Dayah.

Wajib!

Wajib jugak!


Selesai jea sesi gedik gedik dengan petunang dan tunangannnya, mintak diri nak balik sebab dah petang. Singgah isi minyak. Tiga tiga perut lapar lagi memandangkan waktu itu hujan dengan lebatnya. Terus pergi McD Puncak Alam dan mengenyangkan perut di sana.


Wajib makan bubur kalau pergi McD.
Yang nampak bayang jari tu jari Wa.

Inilah si wajib tayang tu. :D

Selamat semuanya. Seorang kawan kami dah jadi tunang orang. Yang Mek dah jadi wife orang. Anak umur dah 3 tahun tak silap. Yang single mingle tu muka muka kami jea la. Hahaha.


Ye tahu sudah lambat update. Sibuk dah mula semester baru. Lepastu pulak kan kite kan takde meja komputer taw? Lepas tu kan kita tak boleh la nak update sangat dan buat kerja. Lepas tu kan semalam kan mak dengan ayah buat delivery meja belajar ni.



Hahaha suke sangat. Boleh dah buat keje dengan selesa. Yang sebelah meja tu drawer baju baju saya. Kecik kan? Belum tengok dekat wall saya tempat menyangkut. :D Tenkiu soo much mak ayah. :)

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU! :D