Wednesday, December 29, 2010

Mini holiday

Kenapa di panggil mini? Kerana mini itu kecil atau terhad. Ini yang aku selalu anggap tentang word mini.

Sepanjang 21 tahun aku hidup, tak semua negeri aku pernah pergi ni kan lagi negara orang. Memang tak la weh. Angan angan nak pergi Australia sebab budget tu paling dekat. Siap plan dengan housemate nak pergi sana. Tapi duit pergi jea la lepas. Sampai sana kau keje kumpul duit baru balik sebab duit tambang balik takde. Sedih kan bunyik? T.T

Dengan mak pulak cakap nak pergi Indonesia sebab nak shopping. Semata. Tak dapat jugak. Sabar sabar. Ada rezeki silap silap sampai ke tua aku asyik menjelajah jea negara orang. Berangan. Kalaulah dapat suami kaya. Tetibe berangan nak suami photographer. Ada kena mengena ke?(?)

Sebenarnya aku nak sangat pergi holiday holiday ni dengan kawan kawan. Yela sebelum habis ijazah ni. Dulu habis diploma rancang itu ini last last yang ado. Tak jadi. Menyampah. Tapi memang tak la kan aku nak jalan jalan dengan kawan kawan masa diploma except untuk yang rapat jea la. Nanti bising ade group group. Tah hape hape.


Dalam kepala ni nak pergi jugak few places ni untuk jalan jalan. Cuci mata. Cuci hati bersihkan diri. Hahahaha. :D

Tempat Pertama :


Genting Highland. Last pergi masa kecik comel lote dulu. Itu pun ikut Family Day company ayah. Kalau tak memang tak pergi la weh. Dengar orang cerita macam best jea. Nak sangat main game kat situ tapi tengok roller-coaster dia, memang turun turun aku cari tempat nak lambak muntah. Eyuwww. :D


Tempat Kedua :

Dah pernah pergi few years ago. Tu pun under GPMS. Bayar RM50 anda akan berada di Langkawi. Hahahaha. Seronok sangat pergi sana. Memang fun habis la tapi waktu pergi duit tak ada sangat sampai kena text Along la mintak duit. Kesian kan? Duit habis beli broadband. Hahaha. Pastu kena marah. Tapi pinjam jugak. :D


Tempat Ketiga :


Melaka oh Melaka. Tengok Aiza update pergi Melaka seronotnya. Melaka ni banyak kali pergi tapi masa pergi dulu tak matang lagi. :D Last pergi masa dah matang pergi rumah nenek Embun la masa program anak angkat. Ingat macam nak pergi lagi jumpa nenek. Boleh jalan jalan sekali.


Tu paling top 3 la kira antara tempat aku nak pergi. Belum aku letak lagi negara yang aku nak pergi. 1 yang paling lemah dekat aku ni bila jalan jauh aku fenin fenin. Rasa nak muntah. Memang tak boleh jalan melebihi kawasan yang selalu aku dah pergi. Dah besar sikit ni aku ok sikit. Tapi masa kecik dulu kalau nak jalan jauh mak akan cakap :

Ngah. Makan ubat tahan muntah ni dulu.

Sampai begitu sekali. Macam mana la nak bawak berjalan. Kesian kau Fana. Ada hati nak naik flight pergi negara orang. Tapi aku redah jea ape. Kalau tak takkan lah aku sampai Langkawi. Lagi nak kena redah laut. Dah la mabuk laut tapi alhamdulilah ok jea. Atiq siap cakap :

Yang u dah sampai Kedah yang.

Hahaha sebab masa ni pergi Langkawi. Tertidur. Sedar sedar dah sampai Kedah. Yang paling penting aku memerlukan orang untuk melayan kerenah aku seperti :

Pening la.
Nak pinjam bahu kejap boleh?

Siapa tahan? Boleh bawak aku jalan jalan lepasni. :D

3 comments:

Adam Raiz said...

waa.. pompuan ni pun dh pandai buat strikethrough eh.
cuti2 msia ke mane cik kak?? tau2 hilang je. :)

Marya Hana said...

same ah. dalam mlaysia ni pon tak habes lagi aku melawat..

tapi aku memang nak pi indon.
sbb yg utama, SHOPPING!
wah heaven doe.

Farhana Anuar said...

adam raiz : hehehe bkn awak ke ajar saya? :D

hehe tempat biase ahh paling dekat. lautan. hahaha


marya : betul weh. INdon. best dpt shopping sana.