Friday, December 10, 2010

Memang Cantikkk *errrr

Kadang kadang kau hidup kena lah perasan sikit. Perasan cantik, perasan lawa, perasan hot, perasan pandai. Haaaa yang pandai tu jangan lah sampai orang panggil kau bodoh sombong. Dah perasan sangat. Tengok aku. Selalu perasan. Siap buat header blog lagi. Hamik kau. Siap tukar tukar lagi. Cuba tengok :






Aku ni tak boleh pandai sesuatu lah. Bila dah pandai aku jadi macam ni lah. Duk tukar itu, tukar ini, buat itu, buat ini. Heh. Kalau pelajaran kau macam ni kan bagus Fana?*yelaaaaa -.-

Lawa tak lawa. Janji aku puas buat header. Hahaha. Ini je aku mampu buat dengan software 'Photoscape'. Cuba bagi 'Photoshop', mesti granddddd! :D



Cuba baca ni. Taken from here.

Tahukah anda watak wanita dapat dikenali melalui cara mereka tidur menggunakan bantal ? Inilah cara para pengkaji menilai sifat wanita berdasarkan cara memanfaatkan bantal:

MEMELUK BANTAL

Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yg tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sgt prihatin terhadap kesusilaan dan kesopanan hidup.Wanita kategori ini juga cenderung untuk memiliki badan yang kurus.

MENGGUNAKAN BANYAK BANTAL

Mereka biasanya kurang keyakinan diri. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping atau teman-teman yg dapat membantu mereka. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain. Mereka sukar berdikari dan suka bergantung kepada orang lain.

TIDUR DENGAN SATU BANTAL

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

MELETAKKAN BANTAL DI BAWAH KAKI

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2. Mereka tidak suka berusaha.

TIDUR TANPA BANTAL

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. Terlalu over-confidence juga menyebabkan mereka selalu memandang rendah pada orang lain.

Ok. Aku amik MEMELUK BANTAL. Yayayaya aku suka tidur dengan memeluk. Nasib la roomate aku tak kne peluk dengan aku. And description pasal memluk bantal?

-Yup. Aku sangat berjiwa seni cuma tak ke arah kreatif. Tapi semua orang kreatif in their own way. Dan mungkin sebab tu aku masuk bidang Penulisan.

-I am romantic.

-Baca peristiwa melalui mimpi? Nahhhh tak selalu la tapi selalu aku mimpi jadi kenyataan taw. Aww takut makcik.

- Prihatin terhadap kesopanan dan kesusilaan hidup? Hahaha yeke? Aku tak perasan pulak mungkin orang lain perasan aku macam mana.

- Dan yayaya aku memang cenderung untuk memiliki tubuh yang kurus walau I dah kurus but still nak kurus lagi.

Itulah penjelasan kepada ke-kreatif-an aku buat header tu. Hamik. panjang lebar. Tak suka la nak buat entry. Nak buat pendek jadi panjang. :D cett podahhh tak suke buat entry. Hikhik.

6 comments:

Marya Hana . said...

waaaa. keep it up makcik..
lepas ni ley ah edit header aku lak.
wawawa :D

Farhana Anuar said...

hahaha. boleh boleh. ala simple jea kot. lawa lagi kau punye header :)

sofia said...

saya tdow dengan satu bantal..!!
hehehehe

liyanaziz said...

wah,,, meriah kat sini tau.. kenapa x letak shoutbox kak?? hekhekhekhek
pssst, ada org penah cakap x muka akak macam raja farah??

fatinbaharum said...

oh my, i tido banyak bantal sambil memeluk semua bantal, how ? hehe

Farhana Anuar said...

sofia : heeee. gud gud :P

yana : shoutbox nak buat mcm mne pon akak xtau hahaha. errr ade jea org cakap. tang mna tu?

fatin :sila combine kesemua sifat anda :P