Friday, December 31, 2010

Jom lah update sebelum habis 2010 ni

Betul ke hari ni 31/12/2010? Betul ke? Selalau aku jadi macam ni la bila aku rasa macam tak percaya dah tahun baru.

Hari ni ada konsert dekat i-City tapi ayah keje lak. Siapa nak bawak? Aku? Memang retilah pulak aku drive. Hahahaha. Kesian kan takde lesen lagi. Insya Allah tahun depan. Insya Allah. Esok dah tahun baru. 1/1/2011. Tahun depan bertambah lagi umur aku setahun jadilah 22. Aku tak nak lah list kan azam baru sebab rasanya azam tahun lepas pun macam tak terbuat jea. Senang macam ni. Ikut jea. Tapi ikut yang positif la. Dan dalam masa yang sama kena usaha la ke arah kebaikan. Kalau macam tu aku lebih senang mengikut dari aku dah pasang azam awal awal nanti tak tercapai aku stress.

Hujung minggu ni dah balik rumah sewa. Nak balik esok atau ahad tak pasti lagi sebab esok schoolmate, Nurul Hidayah bertunang. Selamat bertunang Dayah. Finally. :) Sepanjang 2010 banyak kenangan pahit manis. Haritu cakap nak buat kronolgi lah konon tapi hampeh. Tak list down kan pun. 2010 dan tahun tahun sebelum ni akan selalu di hatiku ibarat UiTM di hatiku. Hahaha.

Selamat datang 2011. Semoga aku dapat memperbanyakkan amal ibadat dan kebaikan untuk tahun depan dan tahun tahun akan datang.

3 comments:

Marya Hana . said...

weh PT dah masok.
berjimba sakan ah!

liyanaziz said...

kak,, yana pun x de lesen lagi ni!! kikikikiki.. akak, selamat tahun baru!

Farhana Anuar said...

marya : sshhh sshhh hahaha. jom la jimba! :)

yana : ehehe same la kite dik. selamat tahun baru jugak dear! :D