Friday, December 10, 2010

Flash Back - Jangan Tidur Lagi

Pernah tengok rancangan Jangan Tidur Lagi yang dekat Tv3 tu? Ni nak cerita ni. Ehem. Dulu masa awal semester diploma dulu, ada bas yang akan datang bawak kitorang budak budak puncak ni pergi tengok rakaman rancangan JTL ni. Time tu aku baru habis kelas. Biasalah. Freshie* betul ke ejaan die. Pakai pun sememeh lagi. Kecoh siapa yang nak pergi rakaman JTL cepat naik bas. Aku pun nak pergi jugak tapi nak balik rumah dulu. Touch up. Tak sempat heh. Sempat pakai bedak jea. Dengan badan mashem tu pergi la dekat studio NTV7 rasanye dekat Shah Alam jea.

Hari tu ade buat 2 rakaman. 1 untuk rakaman Hari Merdeka. 1 lagi untuk musim baru rasenye. Masa rakaman Hari Merdeka aku duduk kat bahagian atas. Sambil pegang bendera duduk dengan Fizi aka Cangkul.*eh ade ke pegang bendera? Tak ingat. Oh rindu si Cangkul. Ehehe. Orang panggil ape. Peghak ye? Tapi aku tak la peghak sangat sampai tengok kamera say Hai mak. Angah masuk tv. Hahahaha. Takdela. Aku ni bila kamera zoom kat aku jea aku tak pandang. Malu. :D Masa rakaman Hari Merdeka artis undangan Datuk Aziz Satar. Wooahhh live tengok artis. Haaa tu ye aku peghak sangat. Sekarang tengok artis pun macam nampak kawan kawan jea. Tak excited tapi dalam tak excited tu sempat jugak aku nampak si Farid Kamil tadi. Hensem. Haaa cakap pasal Farid Kamil, tetibe nak flash back. Hikhik.

Masa promosi filem semester 2 diploma dulu, ada 2 filem tayang kat DSB. Tak sure cerita apa tapi Farid Kamil berlakon lah. So artis artis yang berlakon 2 filem tu ada yang datang, ada yang tak. Waktu tu aku tak masuk pun dewan. Lepak kat luar dewan jea dengan Bob and Sidah.Masa duduk duduk borak, Farid Kamil lalu. Dia salam Bob and cakap thanks datang. Aku yang tengah duduk pandang dia memang tak berkelip. Hahaha. Lepastu dia pandang aku cakap terima kasih yea sambil senyum. Awwwww jatuh hati lagi aku. Hahahaha. Dan lepas tu memang selalu la nampak muka die kat FACT sana sebab dia belum habis degree lagi. Seriusly die memang tak sombong. Amboi mentang suka puji melambung. Cukup Fana!

Sambung balik. Habis rakaman 1st, rehat kejap then tukar tempat. Yang ni mule mule aku tak paham kenapa nak tukar tukar tempat? Rupanye taknak kasi nampak la yang audiens semua orang yang sama. So siapa yang duduk atas untuk 2nd rakaman tukar duduk bawah. Macam tu la. Kalau rakaman tu lah kadang kita nampak muka orang sama jea sebab rakam hari sama cuma baju atis tukar lain. Tempat duduk audiens tukar tukar. Aku pun time tu tukar duduk bawah dengan Atiq and Sidah rasanye. Duduk betul betul depan stage tempat Adlin and Azwan Ali bercakap. 2nd punye rakaman artis undangan Fara Fauzana, Andy Flop Poppy dengan Farawahida. Yang ni lagi aku bertambah peghak. Fara Fauzana time ni kurus oo. Kurus gile. Memang cantik. Peramah. Tapi aku hanya mampu melihat dari jauh sebab time tu rakaman nak mula dah.

Masa rakaman dah nak break untuk iklan kejap, Adlin nak panggil 2 audiens untuk jadi pembancuh kopi. 1 untuk Fara 1 untuk Andy. Saya nak saya nak. Konon dalam hati. Sekali Adlin haaa adik baju pink ni. Sambil pandang aku. I was like? Huhhh aku ke? Eh aku la kot. Aku pakai baju pink depan ni. Tak pasal kena naik stage jadi coffee girl. Sorang lagi Fat. Then stop untuk iklan. Bukan bancuh kopi betul pun. Kopi dah siapa bancuh tinggal tuang and bagi je kat tetamu. Bila mula rakaman, aku hanya perlu jalan sambil bawak kopi tadi then pegi bagi kat guest. Biasalah aku dapat bagi kat Andy. Fat la untung dapat bagi kat Fara. Oh takpe takpe. Takkan pompuan nak bagi kat pompuan pulak kan? Kena paham konsep. Dah habis rakaman baru boleh tangkap tangkap gambar dengan guest. Aku tengok jea la. Memang tak dapatnye nak tangkap gambar sorang sorang dengan artis. Ramai masa tu. So tengok jea la. Sebelum balik dapat gift dari maggi and nescafe.

Budak rumah yang pergi rakaman, balik balik terus cakap dekat budak rumah yang lain. Fana masuk tv. Yang lain pulak bagi respons fuyyoooo. Huh nganjing ke hape? Ye saya tau saya femes. hahahahahaah.





Khas untuk anda video JTL Fara Fauzana. Tapi ini bukan rakaman, ini cume slide gambar jea tapi ade la 2 slide gambar aku bertempek kat belakang guest. I pakai baju pink ok? :D

Enjoy. :)

3 comments:

Marya Hana . said...

haha. kite dlu gile glamor doe mude2..
wakakakka. teringat la pulok.. ~

liyanaziz said...

la,,, npe malu nak tego.. senior yana tu!! yana yang malu2 kucing tau.. kikikiki..

yana penah gak pergi jtl, mama bawak dengan rombongan cik kiah.. ada post pasal jtl..

Farhana Anuar said...

marya : hahaha freshie kot. gile glamer la kite. sekarang? x heran kan? hahaha ;D

yana : heeeee. really? best kan g jtl?