Wednesday, November 24, 2010

Pandainya Makcik Ni

Adakah sebab saya budak penulisan asyik suka bercerita jea? Naaaahhhhh tak jugak. Tujuan cerita ni bukannya nak malukan makcik tu tapi makcik pk la sendiri. Kalau rasa taknak malu, tolong jangan buat lagi yea makcik?

Nak kata baru tak baru, nak kata lama pun tak lama hal makcik ni. Lepas saya melawat pakcik saya dekat hospital Sg Buloh hari tu, balik singgah dekat gerai Nasi Kukus Utara dekat area kilang kilang belakang BRP sana. Nasi Kukus dia terbaik woo. Ayam besar. RM4.50 jea tak silap tapi memang puas hati. Ok bukan nasi kukus yang saya nak cerita. Masa saya singgah situ, pelanggan yang ada cuma saya dan mak, dengan makcik ni dan anak perempuan dia. Anak dia kecik lagi around 3 atau 4 tahun. Muka makcik ni taklah makcik sangat tapi panggil jea la makcik :P

Mak pun order la :

Nasi kukus bagi 4 yea.

Yang makcik ni duk korek korek ayam yang dah goreng. Eh makcik ayam sume sama jea la. Takde beza pon. Sume potong sama besar jea. Tengah makcik ni korek korek ayam anak dia berlari lah ke tempat lain. Lalu, makcik ni pun menjerit :

Adik, adik nak wing ke kepak?

Kakak 2 orang yang jaga gerai tu dah senyum senyum dah. Nasib la time tu nasi kitorang dah siap. Sambung gelak dalam kete jea. Kalau tak, mesti makcik tu kene gelak dengan saya dan mak. Pandai makcik speaking London kan? Ke makcik nak tunjuk yang makcik sorang jea tau wing tu ape? Makcik, wing dengan kepak tak sama ke makcik? Lain yea?

Selalu sangat saya berhadapan kes macam ni. Budget nak speaking jea dengan anak kau. Kalau ayat tu betul saya tak kisah. Ni jenis yang campur campur BM dengan BI. Adoi. Nak gelak jea rasa.

Baby nak eat ape?

No no no. Mama tak teach macam tu.

Hey. Dont touch that sayang.

Ok fine. Korang jea pandai cakap omputih kan?

Tetiba terbayang kalau dari kecik mak dengan ayah cakap English dengan anak anak dia. Tak ada masalah apa pun sebenarnya kau nak cakap English tapi biarlah betul sikit ayat kau tu. Ni kepak dengan wing pun tak tahu beza ape kes kan?

6 comments:

Marya Hana . said...

waakkakakka.
kelaka doee. maybe dia nak nampak mcm die org london kot :P

lepas ni aku nak kate kat makcik tu, " makcik speak english ke omputeh?".
lol. hahahhhaha

Farhana Anuar said...

hahahah kaaann? belagak gila makcik ni.

Adam Raiz said...

mahapkan je lar makcik tu. awk ni berkira sgt lar. heheh!

ooohh...yg sy ber-'skiping' dgn Boy tu, awk ngumpat gak kat blkg ehh??? :P

Fatin Baharum said...

hahaha. nak wing or kepak, nasib baik xsambung ayat, "drumstick ngan peha pon ada ni, mana satun nak?"

blogwalking :)

Farhana Anuar said...

adam raiz : ehh ehh tak baik taw tuduh saya haha. yg kes awak tu saya tak heran la. ni kes kes yg macam saya sebut tu. geli telinge mendengar hahaha

Farhana Anuar said...

fatin baharum : hahaha kan? kalau tu pon die sebut i tak tawula.

heee tenx :)