Monday, November 15, 2010

Bukan Susah Nak Wangi

Tak tahu lah ini boleh di panggil tips atau ape tapi ini sekadar share.

Seperti tajuk di atas. Semua orang suka bau yang harum kan? Persekitaran yang bersih, wangi. Even diri kita sendiri pun kita nak wangi selalu kan? Kadang kadang bangun tidur pun nak bau wangi. Siapa kata tak boleh? Boleh boleh. *Ini apa yang saya tahu dan dengar dari orang then aplikasikan :)


Tapi sebelum tu, ramai orang cakap perempuan cantik selalunya pengotor. Hahaha. Kalau ikut saya, saya memang mengaku 80%. Saya ada kawan. Cantik comel lawa gebu segalanyalah. Tapi ada perangai buruk. Selalunya kita boleh tengok perangai sebenar orang masa dekat rumah atau bilik orang tu. Kalau dapat orang style tak kisah macam saya tak apalah. Dapat jenis yang 'sound direct' jea, tak terkedu makcik? Hahaha. Ala sendiri mahu ingat la. Toksah la pemalas sangat. Semua orang bz kot tapi ada juga masa nak mengemas.



1.CARA NAK BAGI WANGI PADA BAJU

Kalau yang pakai machine basuh tu senang, letak sabun serbuk atau jenis cecair, then bilasan terakhir letak pewangi fabrik. Simple. Tapi kalau macam makcik ni ha yang duk umah sewa takde mesin basuh. Meh makcik ajar meh.

- Rendam baju dalam baldi. Letak la sekali sabun basuh kain serbuk atau cecair. Biar dalam 10 minit atau semalaman. Haaaa kenapa baju korang akan berbau bila rendam semalaman? Sebab kalau baju yang korang rendam tu jenis macam jeans ke, cardigan ke atau any type of shirt yang korang kerap pakai then lepas sebulan ke baru nak basuh korang rendam kejap pun bau dah. So jangan berangan nak rendam lelame. Beza dengan baju yang korang rendam lama tapi tak bau. Baju tu mungkin korang baru pakai kejap then terus basuh.

Kenapa 10 minit? Macam makcik yang selalu pegi kelas ni, pakai baju semata nak pergi kelas. Bukan pergi main lecak. So rendam tak payah lama pon takpe. Kita cuma nak hilangkan bau dan kuman di baju akibat peluh. Eceh. Tapi kalau makcik ni dah malas biar jea dalam bakul kain. Tak payah rendam dulu. Haaa tu tips jugak tu kalau agak agak lambat lagi nak basuh jangan rendam. Kang semerbak bau baju korang.

Lepas dah berus, gonyoh gonyoh baju anda tu, bilas dan rendam dengan pewangi fabrik. Kalau nak melekat bau dia, rendam lama sikit tapi awas. Kalau lama sangat boleh jadi berbau nanti.


*Contoh


P/S : Bagi yg dah berkahwin. kalau nak pakaian dalam anda wangi ini tips. Masa bilas baju anda tu, titikkan sedikit pewangi kegemaran. Then jemur macam biasa. Pasti wangi. Boleh juga di jadikan untuk tips wangikan pakaian lain :)

Oh yea. Nasib ingat. Nak nampak cantik dan berbau harum ketika bangun tidur? Sebelum tidur sikat rambut. Calit sikit perfume terutama kat bahagian nadi kita. Baca doa tidur, ayat kursi. Tidur dengan sempurna Insya Allah nampak cantik dan wangi lepas bangun tidur.


2.MEWANGIKAN BADAN

Haloh haloh haloh senangnya. Semasa anda mandi, gunalah sabun yang bau dia satu rumah korang akan cakap 'wanginya' bila korang keluar jea dari toilet. Aha. Mesti korang bangga kan? Dan korang pun pasti selesa dengan diri korang. Kalau nak guna sabun anti-kuman macam Dettol ke ok jugak. Lagi selesa kan? Sebab dah berpeluh sakan badan korang mandi dengan sabun Dettol. Memang berbaloi.

Lepas mandi tu rajinkan lah pakai bedak. Eh bedak baby Johnson tu pun lagi elok. Wangi taw? Makcik ni ha memang everyday pas mandi pakai bedak baby taw. Bau pun wangi macam baby. Hahaha. Tapi saya dah biasa dari kecik pakai bedak lepas mandi. Then kat ketiak tu ehem ehem bawah lengan tu sapulah Rexona ke Nivea ke or apa apa jea deodorant yang ada. Lagi bertambah wangi. Tak adalah bila kau angkat tangan bau peluh. Haa lepas tu kalau lagi rajin sembur perfume tak kisah la kau nak duk rumah jea ke atau nak keluar.


*Contoh

3. UNTUK BILIK

Yang ni mudah. Belilah penyembur udara yang segar dan wangi. Then sembur. Tapi kalau kedekut sangat sembur jea perfume korang kat bilik. Tapi kalau kedekut lagi tabur bedak talkum kat lantai kao genyeh genyeh ngan kaki. Lagi kalau kedekut aku tak tahulah.



Bila guna tips 1 dan 2 korang akan lebih wangi. Yelah. Badan dah wangi baju pun wangi. Haiiii memang ramai la orang nak dekat dengan kau. Tapi janganlah kau dah wangi pakai selekh pakailah kemas sikit. Kalau kau wangi tapi selekeh takde sape pun nak dekat. Eh orang selekeh wangi ke? Tettttt~

SELAMAT MENCUBA!

2 comments:

Marya Hana . said...

aha. kalau dapat kawan macam aku,sah2 kene toce ah sape yg pemalas sgt 2.. aahahaha.

Farhana Anuar said...

hahaha kalau aku. aku tgok jea la takat mne perangai buruk die.