Saturday, December 25, 2010

Serbuk koko dalam minuman Milo

Serbuk Milo sekarang bukan hanya serbuk Milo semata yea? Ia sudah di campur dengan serbuk koko. Mungkin ramai yang dah tahu pasal perkara ni. Ok. Mula mula aku sendiri pun tak tahu. Aku tak ingat siapa yang cakap dekat aku pasal ni. Patut la kalau order milo ais tu rasa dia tak kaww macam selalu. Pekat memang pekat tapi rasa dia lain. Sorang kawan aku Dila sampai tak minum milo dah padehal tu fav dia tu. Die bertukar kepada hohohorlicks yea mama? :D

Tak percaya? Few weeks ago aku pergi minum dekat kedai pakcik aku kat Damansara. dia cakap dekat mak aku nak pergi beli serbuk koko. Mak aku tanya kenapa?

'Mana tahan serbuk Milo jea.'

Maknanya kalau mereka ni berniaga semata jual air milo guna serbuk milo sahaja, rugi la. Adakah milo mahal? Tapi aku pasti sangat kalau milo 3 in 1 tu takdelah kot koko ni. Sebab yang pandai pandai tambah koko dalam milo tauke kedai makan minum kan. Rasa macam tak best la diorang buat macam ni sebab kira macam menipu pelanggan la. Orang nak minum milo ais bukan miko ais. Tapi kes ni macam di ambil berat jugak. Apa sebenarnya kesan koko? Aku sendiri pun tak tau. Memang kurang dah minum milo kat kedai. Kalau teringin pun buat sendiri jea dekat rumah.

Jangan lepasni serbuk teh pun dia letak koko sudah. Aku nak order air ape kalau lepak kedai minum selain teo? Teh ais? Horlick ais? Teo ais kan senang. Murah! :D


P/S : lepasni kalau order cakap saya nak miko ais yea?

2 comments:

Adam Raiz said...

neslo? :)

Farhana Anuar said...

neslo : nescafe+milo

nesko :nescafe+miko.

hahahaha :P