Saturday, June 30, 2012

Off To Holiday

Happy Sabtu-day friends.

Hari ni saya balik kampung. Okay Sungai Buloh je. Takpayah nak kampung sangat. Ehh tapi Kampung Merbau Sempak still kampung kan? Anyway. I'm off to Sungai Buloh in a few hour. Tunggu ayah pick up. Or along.

Meninggalkan rumah sewa untuk few days sebab nak pergi holiday. Yeayy but still kena bawak laptop sebab nak siapkan skrip. Takpe la. Cari idea katanya. Hati tak ada rasa nak pergi mana pun sekarang sebab ade few things yang tak settle tapi bila lagi nak holiday dengan family kan kan kan. Pagi lagi dah pack barang nak balik.

Jom muhasabah diri.






Jaga dengan segala percakapan anda.
Jaga dengan segala perbuatan anda.
Jaga dengan segala perlakuan anda.
Muhasabah diri untuk saya dan anda.
Perbetulkan niat.
Insya Allah.

Jom jadi muslim yang lebih baik :)

Friday, June 29, 2012

Ini Maknanya Merdeka

Alhamdulilah :)

Yes final is over. Untuk paper dah habis dah. Tinggal nak settle skrip je lagi ni. Tapi dah boleh consider merdeka jugak la.

Okay meh aku nak cakap pasal paper hari ini dan everything pasal hari ni. Pagi ni memang tak sabar nak habiskan final paper ni sebab hmm sebab memang tak sabar la. Dan pada masa yang sama, ada berita lain yang aku tunggu. But first, masa jawab exam, seriously wa cakap susah. Bukan lah susah yang sampai dapat paper terus keluar cakap "Ok. Susah. Taknak jawab.' No. Ini susah yang still lagi boleh jawab. For me la. Nak tahu okay tak, tunggu result. Dan masa tengah buat exam tengah fikir something yang sedang berlaku dekat somewhere.

Habis exam, dapat text yang sangat dukacita. Okay menangis di situ. Dah la paper tak okay. But its okay la. There must be something behind all this. Kita serah pada Allah. And keep praying also la. Hee. Alhamdulilah aku masih boleh senyum dan happy happy. Chill :)

Aku berdoa agar kebahagiaan di beri kepada kami yang sedang menanggung satu perasaan yang sukar di tafsir. olny God knows.


Okay tetiba macam nak menangis. K byee.

Ya Allah,
kau permudahkan segala urusan kami.
Allahumma yasir wala tuasir ya karim


Thursday, June 28, 2012

The Day Has Come

Seperti yang di beritahu, saya sedang menghadapi demam exam. Tapi aku tak demam. Saja nak bagi sedap ayat. Sem ni aku ada 2 paper sahaja. Guess what? Both paper ialah minor.




Ini jadual exam yang telah ku printscreen untuk tatapan readers. 28 is tomorrow. Yes baby. Besok. But thank God besok subjek tak susah sangat and aku dah pun study last year punya paper. Insya Allah boleh jawab but still kena study betul betul jugak. And 29, the day after tomorrow. Yes. Itu baru nak study besok. Seriously aku tak pernah rasa se-relax ini sebelum exam. Mungkin sesetengah orang rasa chill lah. Final jea kot. But for me NO. Bukanlah nak tunjuk pandai ke apa. Tapi rasa tak best bila anggap final ni macam main-main. Serious tak best. Maybe aku bukan budak yang pandai sangat and really need a study. Eh macam ter-emo pulak. :

Untuk semua pelajar UiTM dan pelajar IPTA/IPTS lain yang sedang demam kura kura jugak sebab nak final ni, aku ucapkan good luck untuk korang. Kita berusaha, berdoa, dan tawakal. Setiap perkara boleh di ubah dengan doa. Insya Allah. Minta lah. Dia akan beri. Good luck sekali lagi. :)

Wednesday, June 27, 2012

Novel Hunting

Seperti yang telah di ceritakan pada entry sebelum ni, ala yang kita pergi cari novel tu. Ni full entry.

Pada hari Jumaat yang lepas, setelah kesemua ahli kumpulan men-struggle buat Philosophy, petang tu aku ajak teman pergi SACC Mall cari novel. Memandangkan semua kerja masa tu 70% siap, kitorang pun keluar la. Berjimba kata kau.

So, here the picture :



Amboi Cik Juju kita

Anak saya

Ini budak yang nak cari novel tu



Sabotaj Atiq. Bahahah




Sembahyang lah anda sebelum anda di sembahyangkan



Taraaaa. Jumpa da novel.

Macam pekerja MPH yang berjaya kan kitorang dengan baju warna merah. Memang sengaja keluar pakai baju sama. Ni ok lagi. Tak tengok baju Elmo kitorang. Hikhik. Berjimba sangat seronok sebenarnya. Tak percaya? Pergi lah berjimba. Duit pun tak semesti kena keluar banyak taw.


Monday, June 25, 2012

Final Already

Hallu. Lihat betapa rajinnya aku update walau bukan hari hari.

AL kisahh. Minggu ni final. Weehu. Khamis dan Jumaat ni berturut exam. 2 paper je sem ni. Nampak mudah bukan? Namun hakikatnya subjek yang lain mampu membunuh, In english kita panggil killer subject.

Hari ni hari last untuk kelas screenplay. Baru 12 page skrip makcik siap. Sedehh. Lagi 48 page untuk siapkan 60 pages skrip. Pagi tadi baru balik Shah Alam. Hati wa rasa macam dah takde je dekat sini. So malam tadi habis wedding cousin, balik rumah mak dulu. Masa tidur dan lagi jawab dekat mak bila mak tanya nak balik bila. Esok balik. Pagi tadi mak kejut lagi. Kejap mak kejap lagi ye. Namun terpaksa juga bangun sebab ayah kerja petang. Nanti takde siapa nak hantar balik. Sedih di situ.

Ade 2 hari untuk study lagi. Khamis dengan Jumaat dah pulun exam. Wish me luck guys :)



Ya Allah,
Permudahkan urusanku.
Semoga aku dan kawan-kawan ku dapat
menumpukan perhatian untuk peperiksaan nanti.
AMIN.

Friday, June 22, 2012

Festival Filem bersama Suami Aku Ustaz

Cuba merajinkan diri update blog. Hikhik. Minggu ni aku ade wedding yang memang wajib pergi. My cousin punya wedding. Last week dah pergi belah perempuan. Minggu ni pihak lelaki pulak. Dah janji dengan mak nak balik besok. Tetiba hilang ingatan bila dah janji bagai dengan budak budak rumah nak pergi festival filem. Semalam call mak bagitahu tak boleh balik awal. Paling lambat pun sabtu tengah malam.

"Tapi ahad angah ada kan?"
"Ahad angah ada lah."

Sempat pesan sebab takut aku tak balik. Mana boleh. Kena balik. Wedding cousin sendiri kot. :)

And about the festival, memang dah dengar dah awal awal dulu pasal festival filem ni. Festival filem pendek pelajar. Start dari Khamis haritu. And malam kemuncak adalah besok malam. Kali ni tuan rumah adalah UiTM sendiri. Buat dekat DATC UiTM Shah Alam.


Ini adalah pas untuk masuk. Serius kitorang ingat masuk sahaja. Tapi ada yang cakap budak TEKA masuk sahaja sebab wajib. Tapi ada yang cakap kena ada pas. Takpelah. Mana mana jela. Kitorang ada pas. :)

Katanya ramai retiss gituu. Tak sabar mak jemah.


Kehkehkeh. Best tak tajuk dia? Wink wink.

Lepastu pulak aku tak tahu pesal aku gila novel sekarang. Dulu aku tak macam ni. Start aku gila novel masa aku mintak Atiq pilihkan satu novel untuk aku. Pernah lah baca sebelum ni tapi takdelah macam obses gila ke ape. Sebab aku tahu aku kalau baca novel aku rasa realiti aku pun macam dalam novel. Sebab aku kuat berangan.

BUT BUT BUT novel aku belum lah boleh di buat koleksi. Baru ada 1 2 macam tu je. Lepastu lebihnya orang bagi 1. Lepastu 2 buku lagi buku partner. So bacalah. Lepastu siang tadi takde kerja pergi MPH SACC Mall cari lagi novel tapi beli 1 je. Sebab hhmm sebab .. Alaaa hujung sem ni. Pepaham jela.

Banyak banyak novel aku tak tahu nak ambil yang mana. Alaaa novel jalan cerita hampir sama. Tapi aku memang suka. Sebab lepastu aku emo sendiri. Kejap kejap marah. Kejap kejap aku gelak. Senyum. Itulah penangan novel.



SUAMI AKU USTAZ
Insya Allah, suatu hari nanti.
Ustaz untuk aku dan anak anak.
Amin

Cewahh :)




Wednesday, June 20, 2012

Krikk Krikk

Tetibe ade bunyi cengkerik pulak.

Dah 4 bulan saya meninggalkan blog ini. Kali ini saya merasa tidak lah sesedih dahulu. Jiwa saya bukan lagi pada blog. Tapi hanyalah pada assignment dan assignment. Tak tahu kenapa rasa macam malas nak main blog ni. Tapi hari ni tetiba rasa nak bukak and update.

Well. Study saya sangat okay. Stress dan meroyan tu perkara biasa leee. Sekarang ni ada 2 3 tugasan belum hantar. Minggu depan final. 2 weeks after, praktikal. 2 semester lagi sebelum tamat degree. Fuhhhh. Kena struggle dan kuat. Sebab awal sem haritu semangat dah hilang and hampir berhenti. Tapi mak bagi setepek. Terus tak jadi berhenti. Budak-budak rumah bagi bertepek-tepek. Lagilah tak jadi. At least saya ada kekuatan masa sedang jatuh. Ecececeh.

Okay. Nanti update lagi. In a few month maybe. Hahaha. Nite peeps!