Sunday, April 25, 2010

Tora Datang Lagi

Andre andre. Yeeehhaaaa. Dah macam orang gile pulak dapat update blog. Haha. Hai. Saya kembali untuk membersihkan blog yg dah berhabuk ni. Phewwww. Habukk. Haha. Padehal seminggu je tak update smpai ade orang nk muntah sbb saya ta update. Lalalala. ;D

Di kesempatan ini. Saya ingin menyatakan hasrat untuk membeli dress atau apa saja pakaian yang sesuai dengan tema MPG kali ini iatu GLAMOUR. Kakak saya cadang pakai baju bling-bling ngan legging. Menarik. Dress pon menarik. Tapi saya nak pakai seluar. Senang berjalan. Tak perlu nak ayu-ayu sbb saya bukan begitu. Dengan nak jinjing baby Nikon saya lagi. Nak ber-dress. Payah pulak saya nak jafi photographer nanti. Haha. Apa-apa pun tggulah saya update baju saya nanti. Tunggu. Kakak saya nak bawak jalan-jalan naik pesona lagi. Yeay. ;)

Wednesday, April 14, 2010

Aku Ngerti Kamu, Kamu Ngerti Aku. Aku Sayang Kamu Selamanya

Saya bet ramai dah tahu lagu ni. Saya 1st time dengar sampai naik hafal lagu dia. Bagi saya lagu dia best. Jap g makcik saya tanya. Lagu Indon apa ni? ;D Hahaha. Ni lagu Wali Band. Dulu tak minat langsung. Padahal lagu dia satu pon saya tak pernah dengar. Lepas dengar lagu Cari Jodoh baru-baru ni. Barulah tetiba nak jatuh cinta dengan lagu dia yang lain. Hehe. Saya suka jugak Baik-baik Sayang. Ok cukup. Sila search lagu ni di google atau downloadnye ye. Memang best. ;) Meh meh saya nyanyi untk anda. Hahahha.

Yank - Wali Band

Yank coba kau jujur padaku
Yank foto siapa di dompetmu
Yank kok kamu diam membisu
Sayang jawab atau aku pergi sayang

Aku tak mau bicara
Sebelum kau cerita semua
Apa maumu
Siapa dirinya
Tak betah bila ada yang lain

Jangan hubungiku lagi
Ini bisa jadi yang terakhir
Aku ngerti kamu
Kau tak ngerti aku
Sekarang atau tak selamanya

Yank jangan kira ku tak tahu
Yank tak mudah kau bodohiku
Yank tolong dengarkanlah aku
Tapi sayang masih pantaskah kau ku panggil sayang

Saat kamu mau bicara
Dan ku akan cerita semua
Apa mauku, siapa dirinya
Karna memang tak ada yang lain

Terus hubungiku lagi
Jangan bilang ini yang terakhir
Aku ngerti kamu, kamu ngerti aku
Aku sayang kamu selamanya

(bahagian ni saya suka sebab perempuan tu jawab balik)


Nyanyi lah. ;)

Saya Suka Jambu dengan Asam. Yummy yummy!

Mari kita google seperti biasa kawan-kawan. ;)

by Utusan Online - Aizawati Ahmad

TAHUKAH anda bahawa jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia?

Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.

Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Simposium Makanan Berfungsi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.

Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.



Ye. Saya sekarang sangat sukaaaaaa makan jambu dengan asam. Kalau beli, singgit xcukup. Hahaha. Hari ni saya terbeli 3 ringgit. Terrr ye. Heee.

Hey hey hey.

Saya sudah tiada exam. Sudah tamat segalanya harini. But hey hey hey. Muet masih menanti. Ada seminggu lagi sebelum Muet menjelma. Sudah lama ku tinggalkan bahasa Inggeris ku. Tak tahu lah macam mana nanti nak jawab.

Hari ni saya ada dua test iaitu Teater Muzikal dan Diploma Report. Percaya atau tidak. Saya akan menghabiskan Diploma saya beberapa minggu lagi setelah tamat showcase yang akan datang. Dan hey hey hey. Saya harap saya lulus dan dapat grad seperti yang di tetapkan. Amin.~

Dan hey hey hey. Selepas itu saya menunggu untuk degree pula. Hey hey hey saya harap saya ada rezeki untuk sambung degree akan datang. Amin~

Hurmm. Cuti yang akan datang ni macam lama je kan? Agak agak ape yang saya patut buat? Mari saya listkan apa yang sudah terbuku di mindaku. Cecececeh.

- Amik lesen kete?
- Keje cari duit belanja?
- Atau pegi pakai ..... ?


Yang mana satu la saya dapat. Ke saya dapat yang tiada dalam list ye? Heeee. Saya ade few gambar nak share tapi nanti la. Penat baru habis test tak hilang lagi. (bedal)

Tuesday, April 13, 2010

Sila Hadirkan Diri Untuk Perbicaaan

Wah. Tak pernh pernah saya kene panggil untuk hal macam ni. Gerun den dengar. Siapa tahu saya kena panggil atas kes ape? Sape tahu cepat. Heeee.


Sila baca yang merah. Kelakar.


Sebab dia tu je pon.



Tengah wt sdikit revision semalam tentang Final Cut Pro, Fifah bg surat ni. Alahai. Kena gak g kolej cakap yang saya da bayar. Nasib bayar awal kalau x malam ni kena g perbicaraan tatatertib. Maaf lah. Saya tak pernah kena bicara-bicara ni so saya kurang pasti macam mana perbicaaran di kolej di lakukan. Sama ke macam kat mahkamah? Ooopssss. Hahahaha.

Then tadi baru jumpa pihak kolej untuk clearkan benda ni suma. Jadi malam ni boleh la saya bergumbira dan bergolek-golek untuk buat ulangkaji sebab esok saya ade test pula. Huuaaaa. Tape. Minggu depan saya balik. Ade orang akan menggembirakan saya. Kan Makcik saya? Huuuuuu. ;D




Gud luck esok kawan-kawan. ;)
Muke bajet bagi semangat.

Monday, April 12, 2010

Hari Ini dan Semalam

Hari ini saya ade test Editing. Boleh la jawab. Nssib ade gambarajah. Masa 1st time guna Final Cut Pro pon terkial-kial. Nasib la saya cepat belaja. Err. Saya tak patut akui perkara tersebut tapi saya dengar orang sebut macam tu kat saya. Terima kasih. Selesai test, ade meeting Showcase dengan vacation kelas. No komen. Then terus ke kandang. Makannnnnn. Lapar ok? Dari pagi tak makan.

Semalam? Semalam dan kelmarin hari saya yang paling indah. ;)



Hahaha. Saya bet ada yang tau. Kannn.???


Ok. Bye. Tau bosan. Hehe.