Friday, October 29, 2010

OK Bosan

Hahaha. Ngeng~
(gambar baru balik MPG tahun lepas)

Cerita Hari Ini

Hari ini. Apa yang berlaku :

-Meng'sms' ane kandang mintak hantar gas. Tunggu punya tunggu ane tak balas. Bila kol, ane kata dia tak reti balas. :P

- Dapat gas semua kelam kabut pergi dapur. Masak. Masing-masing kebulur dah.

- Merajinkan diri masing-masing membaca notes dan study untuk exam malam.

- Makan petang dengan cekodok buatan saya dan teh-o panas.

- Malam pula pergi menduduki peperiksaan tak formal Health and Safety at Work.


2 more papers to go. Fuhhh!

Sunday, October 24, 2010

All Done !

Sebelum tu, post ni agak mengada sikit. :P


Saya dah dapat baju konvo. Yeayyy. Bukan jubah tu yea. Tu belum amik lagi. Baju yang di maksudkan adalah baju kurung untuk di pakai ketika konvo. Cantik nokkk. Hahaha. Baju aku, mestilah aku kata cantik kan? Thanks to mum and dad yang belikan baju tu. Saya suka sangat! Then shawl pun dah cari. Simple jea janji puas hati. Semuanya dah complete. Kasut maybe pakai wedges raya hari tu jea. Tengokla konvo nanti. Jengket tak jengket aku jalan pakai wedges. :P

I was thinking konvo nanti nak pakai apa ada tapi hati kejap cakap beli baju. Kejap cakap tak payah. Pastu mak cakap nanti beli kain buat baju kurung Pahang. Pastu pagi tadi mak cakap tak payah la. Beli dah siap. Petang terus keluar pergi cari kat The Store Sg.Buloh. Kedai ni tak cantik. Kedai tu tak berkenan. Last last rezeki dekat kedai yang ke lima. Ya Allah. Lawa lawa baju dekat situ. Ok. Sebenarnya saya ada sikit masalah dengan baju ready-made. Saiz. Yup. Enough to said. Saya ni tinggi. Kadang kadang berkenan kat baju tu tapi kain tak muat. Sodih makcik. Baju dah ngam kain buat hal. Sebab selama ni pun baju semua tempah. Serius merius! Sebab tu nak cari baju ready-made ni makcik agak berfikir panjang. Ada jugak size makcik. Alhamdulilah. :)

Tak sabar nak melaram. Eceh. Banyak kau punye melaram. Result gempak tak apalah. Oh yea. Baju yea? Jeng jeng jeng~ Nanti masa konvo jea la eh. :P

Kerongsang Rose

Ok. Di sini ada satu iklan baru. :P

Sesiapa yang berminat dan ingin membeli kerongsang, boleh cuba-cuba intai hasil keronsang di :

Ini blog kawan saya, Muhammad Fais dan kerongsang tersebut hasil tangan ibunya. Yup. Buatan tangan ibunya sendiri. Kalau berminat sila klik di atas dan lihat sendiri. Kalau ada yang berkenan, boleh hubungi yang berkenaan. Tapi kalau segan, boleh hubungi saya di sini. Kenapa saya promote? Hehe. Tak salah kan tolong orang. :)
Ok. Kat bawah ni ada sikit contoh kerongsang dari blog tersebut. Selebihnya, lihat di blog itu yea? Terima kasih banyak.














Tuesday, October 19, 2010

Meniup Sawang Yea? :P

Tiru tajuk Cik Pipit. :P

Hai. Sudah lama tidak berupdate di sini. Balik-balik update di Facebook. Sibuk sangat. Saannggaaaattttt.~ Makcik demam ni ha. 3 4 hari lepas tekak mula sakit. Itu petanda mahu demam. Cuaca panas. Tidur tak cukup. Iniah hasilnya. Tak apa. Dugaan. :)

Sekarang ni hingus tengah meleleh. Siapa yang tengah makan masa baca, sila berhenti. Nanti muntah puleekk. :P Batuk dengan teruk. Sakit tekak makcik ha. Suara pun dah macam Abang Macho. Kalau agak-agak telefon dengar suara lelaki. Ha. Saya lah tu. Jangan letak pulak yea?

Oh. Lagi sebulan menunggu detik bahagia. Semuanya update macam ni kat Facebook. Orang pon komen. Ha. Nak kahwin ke? Hahahaha. Tak la. Masing-masing menunggu detik nak konvo. Tak sabar. Takut. Happy semua ada. Sekarang ni duk kalut fikir tudung dengan kasut. Baju tak payah lah fikir. Bukan nampak pun. : Yang nampak tudung dengan kasut. Jadi, marilah berfikir kasut dan tudung apa makcik nak pakai. Kalau pakai mini telekung buleh? :P

Cover hingus. Eeeeyaaaakkk. :P