Wednesday, October 31, 2012

The Last Day of October

Assalamualaikum

Okayyyyy dah lameeee tak updateeeee. Nampak tak macam mana lamaaaaa nyeeee takkkk updateeee. Kalau lama tak update kena huruf bebanyak cenggitu eh? Hari ni last day Oktober and nak cakap sekali. Welcome my November. Alhamdulilah. Asyik nak yes yes je. Tukaq sikit. Alhamdulilah. Macam biasa kalau November mestilah aku ni happy je. Bukan bermaksud hari lain tak happy. Mood November ni lain sikit.

26 Oktober kita sambut Hari Raya Aidiladha. Alhamdulilah. Sebenarnya niat nak puasa tapi tak sempat, dah ABC (Allah Bagi Cuti) Jadi saya berdoa agar tahun depan saya sempat menyambut Hari Raya Aidiladha lagi dan berpuasa di bulan Zulhijjah. Banyak pahalanya. Insha Allah. Jadi, minggu ini. Sekarang ini aku berada di Villa 5A kesayangan. Menyiapkan report praktikal yang tak sudah sudah. Tak tahu kenapa tetibe rasa nak update. Memang mood macam ni. Aktiviti hari ini. Macam biasalah makan, sambil sambil buat report. Lepastu lagha sekejap online. Lagha lagi tengok video orang kahwin lepastu feeling sengsorang. Menyengih depan laptop.

Cuba cakap siapa yang tak nak kahwin? Bila tanya empunya badan, memang dah nak kahwin dah. Tak sabar. Please jangan cakap saya gatal boleh. Kan elok kahwin muda. Tapi aku ni dah bukan kategori muda dah. Tak tahulah kategori apa. Lagipon best apa dah kahwin. Macam macam boleh buat dengan suami. Seronok bila tengok kawan yang dulu tidur sebantal, baring sekatil dah kahwin. Dah ada baby. Rasa seronok sangat tengok life diorang. Bila tengok je, selalu terfikir macam ni. "Dah complete dah hidup. Ada suami. Ada anak" Aku masih lagi macam ni. Bukan menyoal takdir. Cuma tumpang bahagia dengan kebahagiaan orang lain. Tuhan dah aturkan yang terbaik untuk hambaNya. Kita tunggu. Kebahagiaan pasti akan datang. Big big day tu mesti akan datang. Mulut ni pulak asyik cakap dekat mak nanti kahwin please jangan buat dekat dewan. Tak nak.

Motif cakap pasal kahwin pepanjang?

Assalamualaikum. Nanti rajin update lagi. Tapi kena tunggu bila hati rasa "tetibe je nak update"