Sunday, November 11, 2012

Cerita Semalam

Assalamualaikum.

Rajin kan aku update sekarang? Sejak sejak kerja tak ada ni. Tapi thesis menanti. Tak jugak buat buat. Sebab tak tahu tajuk approve ke tak. Boleh alasan macam tu? Hoho. Okay. Semalam ada orang ajak pergi makan sambil sambil nak bagi hadiah bebeday kita haritu. Mula mula mestilah pergi ke tujuan asal iaitu makan dekat KFC seksyen 13. Lepas makan orang tu sibuk nak cari buku then terus pergi SACC Mall. Singgah MPH. Masuk je 2 2 hilang. Sorang dekat sini. Sorang lagi dekat sinun. Aku belek punya belek terjumpa buku ni :

WAHAI MUSLIMAH JAUHILAH 60 LARANGAN 

Sebenarnya ada buku lain aku belek belek memang best. Senang cerita semua buku best tapi aku tertarik nak beli yang ni. Orang tu asalnya nak beli buku bercucuk tanam kononnya, beli buku Ustaz Azhar Idrus. Comel kan? Bercucuk tanam. Hehehe. Berhenti solat kejap, then datang balik MPH. Asalnya aku yang harus membayar buku buku ini, namun oleh kerana bakal petani tu baik hati, dia yang pergi bayar. Alasan nak jadi petani. Apa pun tak boleh =D

Masa turun escalator nampak orang buat kolam.


 



Cantik kan? Respect gila dekat kaum India ni. Sangat kreatif. Ingat senang nak buat corak corak ni? Mesti lama gila. Tapi serius lawa sesangat dia buat :)

#happy23rdtome:)

Friday, November 9, 2012

La Tahzan : Jangan Bersedih

Ketika tertimpa satu musibah, anda harus melihat dari sudut yang paling terang darinya:ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesendok gula ke kedalamnya, ketika mendapat hadiah seekor ular ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain; ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya membezakan kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular.

Kata kata diatas aku ambil dari buku La Tahzan;Jangan Bersedih;Don't Be Sad. Aku beli buku tu masa bebeday aku Rabu kelmarin. Aku memang nak sangat buku tu. Alhamdulilah dapat jugak. Tapi yang aku beli version kecik punya. Ada yang besar. Setakat ni aku baca sangat sangat la motovate diri aku. Aku memang nak cari buku ni masa aku tengah down dulu tapi asal nampak tapi tak beli. Asal jumpa kat library tapi tak sempat baca betul betul. Sekarang baru dapat. Mesti ada hikmah kan?

Pada yang nak motivasi diri, yang sedang sedih sedih tu, buku ni memang sesuai untuk anda. Anda takkan rugi membaca buku La Tahzan. 

:)

Wednesday, October 31, 2012

The Last Day of October

Assalamualaikum

Okayyyyy dah lameeee tak updateeeee. Nampak tak macam mana lamaaaaa nyeeee takkkk updateeee. Kalau lama tak update kena huruf bebanyak cenggitu eh? Hari ni last day Oktober and nak cakap sekali. Welcome my November. Alhamdulilah. Asyik nak yes yes je. Tukaq sikit. Alhamdulilah. Macam biasa kalau November mestilah aku ni happy je. Bukan bermaksud hari lain tak happy. Mood November ni lain sikit.

26 Oktober kita sambut Hari Raya Aidiladha. Alhamdulilah. Sebenarnya niat nak puasa tapi tak sempat, dah ABC (Allah Bagi Cuti) Jadi saya berdoa agar tahun depan saya sempat menyambut Hari Raya Aidiladha lagi dan berpuasa di bulan Zulhijjah. Banyak pahalanya. Insha Allah. Jadi, minggu ini. Sekarang ini aku berada di Villa 5A kesayangan. Menyiapkan report praktikal yang tak sudah sudah. Tak tahu kenapa tetibe rasa nak update. Memang mood macam ni. Aktiviti hari ini. Macam biasalah makan, sambil sambil buat report. Lepastu lagha sekejap online. Lagha lagi tengok video orang kahwin lepastu feeling sengsorang. Menyengih depan laptop.

Cuba cakap siapa yang tak nak kahwin? Bila tanya empunya badan, memang dah nak kahwin dah. Tak sabar. Please jangan cakap saya gatal boleh. Kan elok kahwin muda. Tapi aku ni dah bukan kategori muda dah. Tak tahulah kategori apa. Lagipon best apa dah kahwin. Macam macam boleh buat dengan suami. Seronok bila tengok kawan yang dulu tidur sebantal, baring sekatil dah kahwin. Dah ada baby. Rasa seronok sangat tengok life diorang. Bila tengok je, selalu terfikir macam ni. "Dah complete dah hidup. Ada suami. Ada anak" Aku masih lagi macam ni. Bukan menyoal takdir. Cuma tumpang bahagia dengan kebahagiaan orang lain. Tuhan dah aturkan yang terbaik untuk hambaNya. Kita tunggu. Kebahagiaan pasti akan datang. Big big day tu mesti akan datang. Mulut ni pulak asyik cakap dekat mak nanti kahwin please jangan buat dekat dewan. Tak nak.

Motif cakap pasal kahwin pepanjang?

Assalamualaikum. Nanti rajin update lagi. Tapi kena tunggu bila hati rasa "tetibe je nak update"


Sunday, July 15, 2012

Dugaan Dunia

Baru baru ni, one of my best friend sakit. Tak tahu nak cakap macam mana. Sakit bukanlah sakit yang teruk. But dia ada masalah dengan kaki. Sampai tak boleh jalan. Sebelum ni, aku marah marah dia cakap degil nak panjat bukit apa semua. And masa dia sakit, aku still membebel. Memang aku kalau jaga orang sakit, orang sakit tu dah la memang sakit. Tambah sakit hati sakit telinga dengar aku punya bebelan. Tapi memang perangai macam tu. Mungkin aku kena ubah perangai tu. Nanti jaga mak ayah takkan nak bebel macam tu jugak kan. Derhaka.

My dear Atiqah, u kena kuat. Ini dugaan dari Allah. U jugak cakap Allah takkan bagi dugaan pada hambaNya kalau hambaNya tidak mampu menanggung beban itu. U suruh i kuat bila i di duga dengan perkara sekarang, and u jugak kena macam i. I memang tak kuat. Tapi u kena kuat. Ingat mak ayah u yg banyak jaga dan besarkan u. Mak ayah ni yang, mereka tak kenal erti penat. Itulah ibu bapa namanya. Kita kena balas jasa mereka walau dengan nyawa sekali. I doakan u cepat sembuh ok my baby? Kihkihkih i minta maaf okay kalau i tak jaga u betul betul. I buat muka ke. I bebel ke. I sakitkan kaki eh hati u ke. I'm so so so sorry. Jaga diri bebaik. Ko jangan melampau lepas raya balik sini eh? Hahaha joke. U dah sembuh baru balik sini tau. I love youuuuuuuu :)

Ingatlah. Dekatkan diri sentiasa dengan Allah.
Dugaan yang di beri dalam pelbagai bentuk.
Tabah dan sentiasa berdoa.
Berusaha itu perlu.
Selebihnya tawakal.
I'm not perfect.
I'm not good at all.
Pesan untuk anda dan saya juga :)


Takut menanti besok.
Semoga segalanya berjalan dengan baik.
Amin.

Friday, July 6, 2012

Thursday, July 5, 2012

Andai Ku Tiada Andai Ku Pejam Mata



Sampaikanlah salam
Cintaku padanya
Walaupun terluka
Namun ku merindu
Kerna cintaku
Tiada akhirnya
Walaupun engkau telah
Menghancurkan

Sampaikanlah salam
Cintaku padanya
Walaupun sengsara
Namun ku masih sayang
Kerna cintaku
Mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua

I miss him too much.
Dear you.
Everything happened for a reason.
One fine day, we'll be together.
Insha Allah.
Keep praying.

Hai Zahiril Adzim. Lama tak nampak awak :)

Saturday, June 30, 2012

Off To Holiday

Happy Sabtu-day friends.

Hari ni saya balik kampung. Okay Sungai Buloh je. Takpayah nak kampung sangat. Ehh tapi Kampung Merbau Sempak still kampung kan? Anyway. I'm off to Sungai Buloh in a few hour. Tunggu ayah pick up. Or along.

Meninggalkan rumah sewa untuk few days sebab nak pergi holiday. Yeayy but still kena bawak laptop sebab nak siapkan skrip. Takpe la. Cari idea katanya. Hati tak ada rasa nak pergi mana pun sekarang sebab ade few things yang tak settle tapi bila lagi nak holiday dengan family kan kan kan. Pagi lagi dah pack barang nak balik.

Jom muhasabah diri.






Jaga dengan segala percakapan anda.
Jaga dengan segala perbuatan anda.
Jaga dengan segala perlakuan anda.
Muhasabah diri untuk saya dan anda.
Perbetulkan niat.
Insya Allah.

Jom jadi muslim yang lebih baik :)

Friday, June 29, 2012

Ini Maknanya Merdeka

Alhamdulilah :)

Yes final is over. Untuk paper dah habis dah. Tinggal nak settle skrip je lagi ni. Tapi dah boleh consider merdeka jugak la.

Okay meh aku nak cakap pasal paper hari ini dan everything pasal hari ni. Pagi ni memang tak sabar nak habiskan final paper ni sebab hmm sebab memang tak sabar la. Dan pada masa yang sama, ada berita lain yang aku tunggu. But first, masa jawab exam, seriously wa cakap susah. Bukan lah susah yang sampai dapat paper terus keluar cakap "Ok. Susah. Taknak jawab.' No. Ini susah yang still lagi boleh jawab. For me la. Nak tahu okay tak, tunggu result. Dan masa tengah buat exam tengah fikir something yang sedang berlaku dekat somewhere.

Habis exam, dapat text yang sangat dukacita. Okay menangis di situ. Dah la paper tak okay. But its okay la. There must be something behind all this. Kita serah pada Allah. And keep praying also la. Hee. Alhamdulilah aku masih boleh senyum dan happy happy. Chill :)

Aku berdoa agar kebahagiaan di beri kepada kami yang sedang menanggung satu perasaan yang sukar di tafsir. olny God knows.


Okay tetiba macam nak menangis. K byee.

Ya Allah,
kau permudahkan segala urusan kami.
Allahumma yasir wala tuasir ya karim


Thursday, June 28, 2012

The Day Has Come

Seperti yang di beritahu, saya sedang menghadapi demam exam. Tapi aku tak demam. Saja nak bagi sedap ayat. Sem ni aku ada 2 paper sahaja. Guess what? Both paper ialah minor.




Ini jadual exam yang telah ku printscreen untuk tatapan readers. 28 is tomorrow. Yes baby. Besok. But thank God besok subjek tak susah sangat and aku dah pun study last year punya paper. Insya Allah boleh jawab but still kena study betul betul jugak. And 29, the day after tomorrow. Yes. Itu baru nak study besok. Seriously aku tak pernah rasa se-relax ini sebelum exam. Mungkin sesetengah orang rasa chill lah. Final jea kot. But for me NO. Bukanlah nak tunjuk pandai ke apa. Tapi rasa tak best bila anggap final ni macam main-main. Serious tak best. Maybe aku bukan budak yang pandai sangat and really need a study. Eh macam ter-emo pulak. :

Untuk semua pelajar UiTM dan pelajar IPTA/IPTS lain yang sedang demam kura kura jugak sebab nak final ni, aku ucapkan good luck untuk korang. Kita berusaha, berdoa, dan tawakal. Setiap perkara boleh di ubah dengan doa. Insya Allah. Minta lah. Dia akan beri. Good luck sekali lagi. :)

Wednesday, June 27, 2012

Novel Hunting

Seperti yang telah di ceritakan pada entry sebelum ni, ala yang kita pergi cari novel tu. Ni full entry.

Pada hari Jumaat yang lepas, setelah kesemua ahli kumpulan men-struggle buat Philosophy, petang tu aku ajak teman pergi SACC Mall cari novel. Memandangkan semua kerja masa tu 70% siap, kitorang pun keluar la. Berjimba kata kau.

So, here the picture :



Amboi Cik Juju kita

Anak saya

Ini budak yang nak cari novel tu



Sabotaj Atiq. Bahahah




Sembahyang lah anda sebelum anda di sembahyangkan



Taraaaa. Jumpa da novel.

Macam pekerja MPH yang berjaya kan kitorang dengan baju warna merah. Memang sengaja keluar pakai baju sama. Ni ok lagi. Tak tengok baju Elmo kitorang. Hikhik. Berjimba sangat seronok sebenarnya. Tak percaya? Pergi lah berjimba. Duit pun tak semesti kena keluar banyak taw.


Monday, June 25, 2012

Final Already

Hallu. Lihat betapa rajinnya aku update walau bukan hari hari.

AL kisahh. Minggu ni final. Weehu. Khamis dan Jumaat ni berturut exam. 2 paper je sem ni. Nampak mudah bukan? Namun hakikatnya subjek yang lain mampu membunuh, In english kita panggil killer subject.

Hari ni hari last untuk kelas screenplay. Baru 12 page skrip makcik siap. Sedehh. Lagi 48 page untuk siapkan 60 pages skrip. Pagi tadi baru balik Shah Alam. Hati wa rasa macam dah takde je dekat sini. So malam tadi habis wedding cousin, balik rumah mak dulu. Masa tidur dan lagi jawab dekat mak bila mak tanya nak balik bila. Esok balik. Pagi tadi mak kejut lagi. Kejap mak kejap lagi ye. Namun terpaksa juga bangun sebab ayah kerja petang. Nanti takde siapa nak hantar balik. Sedih di situ.

Ade 2 hari untuk study lagi. Khamis dengan Jumaat dah pulun exam. Wish me luck guys :)



Ya Allah,
Permudahkan urusanku.
Semoga aku dan kawan-kawan ku dapat
menumpukan perhatian untuk peperiksaan nanti.
AMIN.

Friday, June 22, 2012

Festival Filem bersama Suami Aku Ustaz

Cuba merajinkan diri update blog. Hikhik. Minggu ni aku ade wedding yang memang wajib pergi. My cousin punya wedding. Last week dah pergi belah perempuan. Minggu ni pihak lelaki pulak. Dah janji dengan mak nak balik besok. Tetiba hilang ingatan bila dah janji bagai dengan budak budak rumah nak pergi festival filem. Semalam call mak bagitahu tak boleh balik awal. Paling lambat pun sabtu tengah malam.

"Tapi ahad angah ada kan?"
"Ahad angah ada lah."

Sempat pesan sebab takut aku tak balik. Mana boleh. Kena balik. Wedding cousin sendiri kot. :)

And about the festival, memang dah dengar dah awal awal dulu pasal festival filem ni. Festival filem pendek pelajar. Start dari Khamis haritu. And malam kemuncak adalah besok malam. Kali ni tuan rumah adalah UiTM sendiri. Buat dekat DATC UiTM Shah Alam.


Ini adalah pas untuk masuk. Serius kitorang ingat masuk sahaja. Tapi ada yang cakap budak TEKA masuk sahaja sebab wajib. Tapi ada yang cakap kena ada pas. Takpelah. Mana mana jela. Kitorang ada pas. :)

Katanya ramai retiss gituu. Tak sabar mak jemah.


Kehkehkeh. Best tak tajuk dia? Wink wink.

Lepastu pulak aku tak tahu pesal aku gila novel sekarang. Dulu aku tak macam ni. Start aku gila novel masa aku mintak Atiq pilihkan satu novel untuk aku. Pernah lah baca sebelum ni tapi takdelah macam obses gila ke ape. Sebab aku tahu aku kalau baca novel aku rasa realiti aku pun macam dalam novel. Sebab aku kuat berangan.

BUT BUT BUT novel aku belum lah boleh di buat koleksi. Baru ada 1 2 macam tu je. Lepastu lebihnya orang bagi 1. Lepastu 2 buku lagi buku partner. So bacalah. Lepastu siang tadi takde kerja pergi MPH SACC Mall cari lagi novel tapi beli 1 je. Sebab hhmm sebab .. Alaaa hujung sem ni. Pepaham jela.

Banyak banyak novel aku tak tahu nak ambil yang mana. Alaaa novel jalan cerita hampir sama. Tapi aku memang suka. Sebab lepastu aku emo sendiri. Kejap kejap marah. Kejap kejap aku gelak. Senyum. Itulah penangan novel.



SUAMI AKU USTAZ
Insya Allah, suatu hari nanti.
Ustaz untuk aku dan anak anak.
Amin

Cewahh :)




Wednesday, June 20, 2012

Krikk Krikk

Tetibe ade bunyi cengkerik pulak.

Dah 4 bulan saya meninggalkan blog ini. Kali ini saya merasa tidak lah sesedih dahulu. Jiwa saya bukan lagi pada blog. Tapi hanyalah pada assignment dan assignment. Tak tahu kenapa rasa macam malas nak main blog ni. Tapi hari ni tetiba rasa nak bukak and update.

Well. Study saya sangat okay. Stress dan meroyan tu perkara biasa leee. Sekarang ni ada 2 3 tugasan belum hantar. Minggu depan final. 2 weeks after, praktikal. 2 semester lagi sebelum tamat degree. Fuhhhh. Kena struggle dan kuat. Sebab awal sem haritu semangat dah hilang and hampir berhenti. Tapi mak bagi setepek. Terus tak jadi berhenti. Budak-budak rumah bagi bertepek-tepek. Lagilah tak jadi. At least saya ada kekuatan masa sedang jatuh. Ecececeh.

Okay. Nanti update lagi. In a few month maybe. Hahaha. Nite peeps!

Thursday, February 23, 2012

Semester 4 : Coming Soon

Soon tak soon sangat la tapi adela dalam seminggu lagi. Awal bulan Mac dah mula. Fuhh cuti sebulan memang seronok. Dan sebulan tu jugak la aku tak reti nak update blog. Terbaik kan? Memang itulah selalu perangai aku. Suka tak update blog sekarang.

Cuti cuti ni bodek ayah nak ambik lesen. Sebelum ni lahi dah bodek, kali ni baru dapat. Alhamdulilah. L dah dapat. Tengah tunggu pakcik call untuk belajar P. Mungkin tengah semester baru masuk kelas untuk P. Kenalah pandai pandai bahagi masa. Ececeh poyo sangat ayat nak bahagi masa tu taw :D

And 1 good news lagi, 22 Feb haritu memang dah kecoh la dekat Facebook pasal RESULT. Yes RESULT. Alhamdulilah. Kawan kawan semua berjaya bersama. Dulu masa Diploma memang tak pernah merasa perasaan ni. Tapi rezeki berpihak ketika degree semester 3 yang mana subjek boleh tahan susah jugak, tapi alhamdulilah dapat DL. Teramat bersyukur sangat diberi rezeki kali ini. Secara tak langsung CGPA naik dan nak naik lagi. Insya Allah akan tingkatkan lagi usaha sebab nak dapat CGPA 3.7 ke atas untuk tak bayar PTPTN. Heeeeee.

Malam pukul 12 (22 feb) masing masing dah excited tunggu email masuk. Masa result aku masuk, aku macam relaks jea. Oh result. Ok bukak dan tengok gred dulu. Rasa macam mimpi sebab waktu tu baru bangun tidur sebab bajet tidur dulu pastu bangun nak tengok result. Nampak tak excited nye di situ. Tak puas hati ni. Tengok pulak GPA dengan CGPA. Confuse padehal dah bertahun belajar. Mana satu pointer sem ni. CGPA ke GPA. Panggil Ayu. Ayu jerit dulu tengok GPA. Waktu tu aku memang blur lagi. Dah Ayu confirm kan. Terus : Ya Allah. Alhamdulilah. Dan air mata kegembiraan pon bercucuran. Rasa sebak, terharu, gembira, tak percaya semua sekali la. 1st time dapat DL. :)

Alhamdulilah. Sehingga kini masih tak percaya DL milik aku dan kawan sekelas. Terima kasih untuk semua yang terlibat dalam kejayaan aku. Semoga aku tak lupa Dia dan sentiasa mengingatiNya susah dan senang. Insya Allah.

Wednesday, January 11, 2012

Jom Membeli Buku Dengan Sukaria :D





Sebelum apa apa. Welcome 2012! :)

Yup sangat lambat untuk wish dan sangat lama tak update. Tapi harini saya update. Sekarang tengah final exam untuk semester 3. Alhamdulilah lagi 3 semester dan Insya Allah saya akan tamatkan degree saya. Tak sabar! :)
Sekarang tengah gap seminggu macam tu la untuk next paper so dengan senang hati saya telah pulang ke Sungai Buloh setelah lebih seminggu derhaka tak balik. (padahal sebelum ni tak balik tak rasa pulak derhaka.hikhik)

Semalam baru habis paper Art Law. Paper tu seriously tak susah. Semua soalan boleh jawab tapi yang tak best nya bila masa 2 jam. Lagi setengah jam nak habis baru masuk part C buat essay. Selalu essay dapat 2 page kali ni tidak ye. Frust di situ. Tapi alhamdulilah semua boleh jawab dan harap harap lulus dan dapat A. Then habis exam bergegas pergi pejabat bendahari untuk ambik benda di atas. Heeee boleh lah pergi kedai buku untuk berhabisan. Thank you! :)