Friday, December 24, 2010

Buat Cekodok Pagi Tadi Teringat Cekodok Rohana Dekat Melaka

Happy Friday everyone. :)

Ye. Nampak seperti mood happy kan? Biase biase saje. Pagi tadi buat cucur atau nama lain cekodok. Woahh lama tak buat cekodok sejak cuti cuti ni. Dulu dekat rumah sana dalam seminggu 2 3 kali jugak buat cekodok petang petang. Tapi sejak balik cuti ni jarang buat. Selalu adik mesti cakap :

'Ngah. Cekodok.'

Ada request baru buat. Kalau takde, memang tak buat la. Tengah nak sedia bahan buat cekodok pagi tadi, teringat kat nenek Melaka. Ingat tak nenek yang aku cerita dulu masa aku pergi Melaka untuk program anak angkat? Ok tengok gambar bawah.


Ingat kan? Masa dekat Melaka dulu duduk rumah nenek ni la. Masa mula nampak nenek ni terus berharap mintak mintak la aku dapat duduk dengan nenek ni. Tup tup dapat. Seronok! Dah sedap panggil ibu rasa kekok pulak. So panggil nenek since semua orang kampung sana panggil dia nenek. (rasa macam pernah cerita tapi dekat blog lama dulu.kan?takpelah. halal la :P)

Aku dengan 3 orang lagi dapat duduk dengan nenek ni. Rumah die besar. Rumah kampung. Aku lah over sikit excited sebab aku takde kampung yang jauh macam ni. Dan aku juga takde adik beradik perempuan yang ramai. Jadi bila malam kami berempat nak tidur masing masing berebut nak tidur belah mana. Kelam kabut semua baring nak cop tempat tidur. Itu kelakar sebab aku tak pernah rasa suasana macam tu. Yang cannot go nye nenek tidur kat ruang tamu nak teman cucu. Cucu tidur lena dalam bilik. So itu tidak baik. Kami pun keluar bentang comforter tidur dengan nenek. Sekali lagi berebut nak tidur belah mana.

Tujuan ke sana ofcoz la nak bermesra dengan penduduk dekat sana dan ada aktiviti lain memandangkan wujudnya urusetia dan peserta. Yang tu takmo cerita. Cuma nak cerita pasal nenek jea. Nenek Embun namanya. Sedap kan? :)

Nenek jea yang panggil aku Rohana sebab die dengar Na na agaknya belakang nama aku. Aku pun tak kisah la janji Na itu ada. Hekhek. Ada satu petang tu, biaselah. Petang. Aku rasa nak buat cekodok. Cakap la kat nenek :

'Nek. Nak buat cekodok.'

Dengan izin nenek aku pergi la geledah dapur cari tepung semua. 4 4 anak dara kat dapur ni. Jumpa tepung yang bertulis 'tepung goreng pisang'. Sama ada aku rabun atau aku rasa tepung tu sama dengan tepung gandum, aku tak tau tapi aku tibai jea tepung tu bubuh dalam bekas dan bancuh tepung. Bila goreng ia nya melekat lekat dalam kuali. Pelik dah tu. Selalu tak macam tu. Dah bising anak dara kat dapur nenek datang tengok. Dan nenek pun ke tong sampah mengambil plastik tepung tadi dan tunjuk :

'Ni tepung goreng pisang. Kan nenek cakap cari kat dapur ni tadi.'
'Oh yeke? Tak sama?'

Sambil senyum tanda salah buat tak tau jea la masak cekodok sampai habis. Nak taknak, semua orang kena makan cekodok tu. Ala tepung jea salah. Yang lain betul. :D Sedap bila dapat cecah dengan sambal goreng nenek. Pehhhh tak hengat!

Hari last dekat Melaka, anak dara cantik tidur lagi dalam bilik tapi aku waktu tu macam dah terjaga la. Dengar nenek panggil :

'Rohana. Bangun. Ni buat cekodok ni.'

Ye. Aku lah Rohana tu. Terus la bangun pergi dapur masak cekodok tu. Tapi jangan risau. Nenek dah siapkan dan aku hanya menggorengnya sahaja.

Seronok tahu duduk kampung dengan nenek macam tu. Ibarat macam aku datang tu macam cucu yang tengah cuti balik kampung duduk dengan nenek.

Alololo nenek ni comellah. Baik sangat. Tak tahu lah nenek ada lagi tak sebab last call die masa 2009. Ni dah nak masuk 2011 dah. Nak pergi Melaka belum ada rezeki lagi. Alamat rumah pun tah mana tah. Sorry nek. Tapi nenek simpan no kami kan? Nenek telefon lah. :D Hahahaa.

Harap nenek panjang umur lagi dan masih sihat. Ade rezeki Rohana datang jumpa nenek. Bawak Lin sekali. :) (kiss kiss nenek)

Aku takde kampung tapi aku duduk Kg. Merbau Sempak. Bhahahaha.(ala ala Tasya yang model Ilsyahijab :P)

6 comments:

liyanaziz said...

fav yana cokodok pisang.. lenyek2,,, masuk tepung, gula! sedapnya.. =)

Farhana Anuar said...

yayaya sedap gak tu tapi akak kurang gemar. akak suke cekodok ikan bilis. :)

Marya Hana said...

aku nak kau buat cekodok utk aku next sem! aaaaa..

Farhana Anuar said...

hahaha buleh buleh. nnti kau dtg umah yea?

natashagideon said...

perlu ke model ilsyahijab tuuuu :P

Farhana Anuar said...

tasha : hahahaha perlu :D