Wednesday, December 8, 2010

Jom Derma Darah

Hari ni hari rajin sedunia. Kalau rajin jea sedunia nak rajin. Over kau. Hari ni lepas mandi, tengok keliling bilik Masya Allah, bersepah. Berapa kali dah mak bising. Angah kalau balik rumah, bilik mesti bersepah. Penat lah mak kemas. Yang angah ni pulak nyengih jea. Ye ye nanti angah kemas. Eh mestilah mak kemas bilik aku. Dah aku duduk rumah sewa nun di puncak kasih sana. Takkan adik ngan abang aku lak kemas? Rajinnya la diorang kan. Ini bilik pompuan. Lelaki no entry. Cececeh. Tapi adik aku suka masuk bilik aku. Dia cakap segan masuk bilik along nak pakai baju. Eh masuk bilik aku kao tak segan ke? Kerenah mengade.

Kemas kemas dan kemas. Sapu lah habuk itu. Lap habuk sana. Buang sampah itu, sampah ini. Macam macam benda tak pakai simpan. Semak bilik jea. Kemas punye kemas jumpelah pelbagai barang lama yang dulu rasa aku macam ade lah benda ni mane ye sekarang aku letak? Lebih kurang macam tu. Then ah haaaa. Sila tengok gambar bawah.


Cuba baca cuba baca. Pandai. Aku ada sijil tau? Sijil penderma darah. Macam aku cakap. Aku rasa aku ada benda alah ni tapi hilang. Bila kemas siang tadi, tu yang terjumpa. Oh mari flash back. Macam mana aku ada benda alah ni.

Tahun 2008 kot, masa diploma sem 3, waktu tu dah study week ke macam mane. Tapi ada banyak masa jugak la. Kolej pulak macam ada buat open day. Haaa lebih kurang la. Hari tu ada macam macam game. Dulu masa duk kolej kalau ade apa ape majlis mesti nak pergi sebab kupon. Kupon tu lah penjamin hidup kami as a student dapat duk dalam ke tak. Kalau malas pun rajin kan jea la punggung tu bangun dari katil dan pergi berjalan ke majlis apa apa. So, hari tu jugak ada kempen derma darah. Hari tu terasa sangat nak pergi. Nak rasa sangat derma darah macam mana. Tapi nak derma darah bukan sesuka hati boleh pergi derma. Ada syarat dan terma. Kekekeke.

Meh sini aku bagitau tentang derma darah ni :

Kenapa kau kena derma darah?

Sebab darah yang kau dermakan tu boleh selamatkan orang macam :
-Mangsa kemalangan
-Pesakit yang menjalani pembedahan
-Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
-Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
-Ibu yang mengalami tumpahan darah


Kalau kau nak derma darah kenalah :

-Berumur 18 tahun ke atas
-Berat badan 45 kg dan ke atas
-Sihat tubuh badan
-Sihat pada hari menderma
-Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
-Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
-Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
-Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
-Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
-Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
-Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
-Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
-Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
-Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C



Tapi kau tak boleh derma darah kalau kau ada kriteria di bawah :
-Menggunakan dadah secara suntikan
-Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
-Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
-Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
-Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS

Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda :
-Menghidapi penyakit-penyakit seperti :
Sifilis
Malaria
Sakit jantung
-Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit
-Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah
-Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak
-Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja



Haaa. Itu diaaaa. Penting tau. Bukan main derma jea. Nanti jadi kes derma darah yang ada HIV kat orang yang suci. Tak pasal. So amik perhatian yea? Masa pergi derma darah tu, Atiq dengan Fifah teman. Yang Fifah nak jugak tapi bila check tak boleh sebab ape aku tak ingat. Yang Atiq pulak tak cukup berat badan. Last last aku jea yang kena. Ingat ada penguat semangat. 3 3 sekali kena. Last aku jea yang normal dan layak menderma. Ok jom derma. Takpe. Aku memang nak pun. Terus lah aku naik atas kerusi tu. Nurse tu pun pasangla wayar itu ini. Dekat tangan aku ada satu pam untuk aku picit picit masa nak derma darah. Tak sakit pun sebenarnya cuma masa nak mengepam darah tu keluar rasa macam errr payah la jugak. Rasa kebas. Tengah sedap sedap pam, heh lain macam bunyi kau. Depan aku rupenye si Azlee Khairi hero ponti anak remaja sekali tengah derma darah. Good good. Over tau nak promote si Lee ni sekali. :P

Dah settle derma darah, nurse tu sediakan cake dengan air nescafe untuk kami para penderma. Nasib la pergi bertiga. Selesai makan minum kepala aku pening. Balik terus tido dan terus demam. Hehh. Memang macam tu ke jadi lepas derma darah? Fifah cakap sian ko Fana. Tak pasal demam. Nasib badaaaannn.

Tapi ade jugak yang takut derma darah. I wonder why? Heh toksah berlagaka la kau derma orang lain tak. -.-


Haa. Darah B rupenye aku ni.

1st and last. Hikhik. Takde lah last cuma tak tahu bile lagi nak derma darah. Betul la orang cakap. Sekali dah derma darah, memang gian nak derma lagi. Ni minah gian lah ni nak derma darah lagi.

OK. Enuff. Ehhhh cube tengok :


Didi dengan Bibi ni buat ape berdue? Didi tu Fifah kasi. Bibi mak kasi masa konvo. Jadilaaa. Tak baik pulak bilik penuh teddy bear kan? :D

3 comments:

Fatin Baharum said...

i suka derma darah, tapi tu lah, org cakap berat naik, 1st xcaye, so i derma jugak, n mmg btol, berat naik.

tapi i xsalah kan la sebab derma berat naik, i rasa itu normal. sebab bila derma, kita akan makan lebih sket nak kumpul balik darah, n sel darah baru yang dalam badan pun sihat2.

4 sure, badan pon sihat jugak kan :)

slack dia, time i derma dlu, nurse silap amik pain darah tu. sampai pack tu dah kembung baru dieorg prasan xcabut lagi jarum, ngee`

Farhana Anuar said...

same. suke derma darah wpon baru sekali. gian nih. heee. betul la. berat badan naik. sekarang ni bdn i xturun2 macam before derma dulu. tapi xpelah. memang sihat pon badan i sekarang :)and dpt bantu yg memerlukan.

hahaha kesian u. yela kite derma darah ade limit kan.

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel