Friday, October 29, 2010

OK Bosan

Hahaha. Ngeng~
(gambar baru balik MPG tahun lepas)

Cerita Hari Ini

Hari ini. Apa yang berlaku :

-Meng'sms' ane kandang mintak hantar gas. Tunggu punya tunggu ane tak balas. Bila kol, ane kata dia tak reti balas. :P

- Dapat gas semua kelam kabut pergi dapur. Masak. Masing-masing kebulur dah.

- Merajinkan diri masing-masing membaca notes dan study untuk exam malam.

- Makan petang dengan cekodok buatan saya dan teh-o panas.

- Malam pula pergi menduduki peperiksaan tak formal Health and Safety at Work.


2 more papers to go. Fuhhh!

Sunday, October 24, 2010

All Done !

Sebelum tu, post ni agak mengada sikit. :P


Saya dah dapat baju konvo. Yeayyy. Bukan jubah tu yea. Tu belum amik lagi. Baju yang di maksudkan adalah baju kurung untuk di pakai ketika konvo. Cantik nokkk. Hahaha. Baju aku, mestilah aku kata cantik kan? Thanks to mum and dad yang belikan baju tu. Saya suka sangat! Then shawl pun dah cari. Simple jea janji puas hati. Semuanya dah complete. Kasut maybe pakai wedges raya hari tu jea. Tengokla konvo nanti. Jengket tak jengket aku jalan pakai wedges. :P

I was thinking konvo nanti nak pakai apa ada tapi hati kejap cakap beli baju. Kejap cakap tak payah. Pastu mak cakap nanti beli kain buat baju kurung Pahang. Pastu pagi tadi mak cakap tak payah la. Beli dah siap. Petang terus keluar pergi cari kat The Store Sg.Buloh. Kedai ni tak cantik. Kedai tu tak berkenan. Last last rezeki dekat kedai yang ke lima. Ya Allah. Lawa lawa baju dekat situ. Ok. Sebenarnya saya ada sikit masalah dengan baju ready-made. Saiz. Yup. Enough to said. Saya ni tinggi. Kadang kadang berkenan kat baju tu tapi kain tak muat. Sodih makcik. Baju dah ngam kain buat hal. Sebab selama ni pun baju semua tempah. Serius merius! Sebab tu nak cari baju ready-made ni makcik agak berfikir panjang. Ada jugak size makcik. Alhamdulilah. :)

Tak sabar nak melaram. Eceh. Banyak kau punye melaram. Result gempak tak apalah. Oh yea. Baju yea? Jeng jeng jeng~ Nanti masa konvo jea la eh. :P

Kerongsang Rose

Ok. Di sini ada satu iklan baru. :P

Sesiapa yang berminat dan ingin membeli kerongsang, boleh cuba-cuba intai hasil keronsang di :

Ini blog kawan saya, Muhammad Fais dan kerongsang tersebut hasil tangan ibunya. Yup. Buatan tangan ibunya sendiri. Kalau berminat sila klik di atas dan lihat sendiri. Kalau ada yang berkenan, boleh hubungi yang berkenaan. Tapi kalau segan, boleh hubungi saya di sini. Kenapa saya promote? Hehe. Tak salah kan tolong orang. :)
Ok. Kat bawah ni ada sikit contoh kerongsang dari blog tersebut. Selebihnya, lihat di blog itu yea? Terima kasih banyak.














Tuesday, October 19, 2010

Meniup Sawang Yea? :P

Tiru tajuk Cik Pipit. :P

Hai. Sudah lama tidak berupdate di sini. Balik-balik update di Facebook. Sibuk sangat. Saannggaaaattttt.~ Makcik demam ni ha. 3 4 hari lepas tekak mula sakit. Itu petanda mahu demam. Cuaca panas. Tidur tak cukup. Iniah hasilnya. Tak apa. Dugaan. :)

Sekarang ni hingus tengah meleleh. Siapa yang tengah makan masa baca, sila berhenti. Nanti muntah puleekk. :P Batuk dengan teruk. Sakit tekak makcik ha. Suara pun dah macam Abang Macho. Kalau agak-agak telefon dengar suara lelaki. Ha. Saya lah tu. Jangan letak pulak yea?

Oh. Lagi sebulan menunggu detik bahagia. Semuanya update macam ni kat Facebook. Orang pon komen. Ha. Nak kahwin ke? Hahahaha. Tak la. Masing-masing menunggu detik nak konvo. Tak sabar. Takut. Happy semua ada. Sekarang ni duk kalut fikir tudung dengan kasut. Baju tak payah lah fikir. Bukan nampak pun. : Yang nampak tudung dengan kasut. Jadi, marilah berfikir kasut dan tudung apa makcik nak pakai. Kalau pakai mini telekung buleh? :P

Cover hingus. Eeeeyaaaakkk. :P

Saturday, September 18, 2010

Cuti Dah Nak Habis

Yeayyy cuti nak habis dah. Tapi tak seronok la sebab kerja banyak tak siap lagi. :(

Besok hari terakhir beraya. Ececeh. Rumah Cheras, Kepong, dan Saujana Utama. Insya Allah. Nak balik awal. Kerja menanti.



Ok tata. :P

Thursday, September 16, 2010

Aidilfitri Saya

Sudah raya ke tujuh harini. Oh. Selamat Hari Jadi Malaysia. :)

Memandangkan hari ni cuti, ramai yang buat open-house tapi maaf pada yang menjemput saya. Tak dapat attend. Sorry.

Ok. Semalam kawan-kawan sekolah datang beraya ke rumah. Lepas tu saya pun mengikut dan menumpang la mana-mana kereta yang kosong untuk pergi rumah rakan yang lain. Lama tak jumpa budak budak ni. Tapi diorang ni every year tak pernah miss la rumah saya. Terima kasih sayang sayang sekalian. Dengan berbekalkan baby Nikon saya, ini lah hasil rakaman yang sempat di hasilkan. :)




:) Rumah saya

Meet Dayah and her future fiancee. Insya Allah. :)

Meet Anis and Fuad. :)


Meet Suhaila and Mira :)

Syakirin's place

Meet Hazleen and me :P


Chah's place


Mira's place

Fuad's place



Meet Hazleen and Syakirin :)



Having fun together. Love you. :) Lepas jugak rindu.



'Awak' rasa macam mana hubungan saya dengan rakan sekolah saya ha? Mulut tu jaga sikit. Wekk. :PP

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya :)

Tawuuu. Dah raya keempat baru wish. Hahaha. Biasalah. Sibok. Sibok buat taik mata kat rumah. Hahaha. Raya pertama jea ke hulu hilir. Pastu duk umah diam diam. Tunggu orang datang. Kalau lah ada kan orang nak datang. Get ready la sebab mak raya kedua dah keje. Entry ni simple jea. :P


Eh nanti nanti. Lupa sesuatu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. :P kekekeke

Saturday, August 28, 2010

Cuti Nuzul Quran

Semalam cuti kan? Tapi tak ada beza pun dekat saya sebab jumaat memang saya cuti. Cuba teka saya buat apa semalam? Teka tekalah. :)


imej ihsan google


Bubur lambuk. Tapi nampak sedap lagi la bubur lambuk saya dari dalam gambar tu. Hehehe. Ehhh rasa pon sedap taw. Haaaaaa. :P Thank you mummy ajar saya masak tapi kali ni resipi saya beza sikit dari mummy. Bubur lambuk saya kosong. No daging or ayam sebab tak beli both tu. Peti ais mana lah ada kat rumah ni nak letak ayam ngan daging tu kan. Saya ngan Nana masak asing ikot resipi mak masing masing tengok sapa paling sedap. Hahaha. Masa berbuka semua puji bubur kami sedap. :)


Tahun depan nak buat lagi. Nak bagi mummy lak rasa. :P

Wednesday, August 25, 2010

Menjelang Hari Raya

Lameeeeeee tak update. Hahaha. Bz mak tawww. Dengan test,quiz,presentation. Sungguh bz taw. Tapi dalam sibuk sibuk FB tetap update taw. Heee. Mari kita lihat jadual saya :

27/8/2010 : Ujian Listening Mandarin/ Kemungkinan Quiz Animasi
30/8/2010 : Presentation Great Literature
2/9/2010 : Ujian Bacaan Mandarin
3/9/2010 : Submit Assignment Animasi


Woohaaaa. Nampak sikit kan tapi nak complete kan hari hari tersebut sungguh payah wooo. Great Literature nak kne khatam satu novel dia. The Prince and The Pauper. Best sangat cite die. Mandarin nak kne selalu ulangkaji. Animasi nak kene fokus dan ingat. Nampak relax tapi kepala otak berfikir jea camne nak menempuh tu sume. Tapi bila hari tersebut dah lepas rasa lega yang amat.


Mummy, 4/9/2010 anakmu akan balik membantu mu menghias rumah dengan indah. Hahahaha.

Thursday, July 15, 2010

Saya Busy Lah

Hai. Pheww.Dah dekat 2 minggu kot saya tak update. Biasalah. Sibok sikit tapi ade jugak orang depressed. :P


Minggu pertama saya sibok dengan jadual degree yang memeningkan. Hadir ke kelas untuk briefing. Kene pilih elektif mana yang best dan tak clash dengan kelas lain. Nak kene buat pengecualian kredit supaya subjek diploma dulu saya tak pyaha ambil lagi.

Minggu kedua ni pulak kelas dah mula untuk sesi pembelajaran. Saya masuk kelas bahasa ketiga. Mandarin. Hahahaha. Best. Tapi Jepun pon macam best jugak tapi saya prefer ke Mandarin la. Sebab ada jugak company yang nak hire pekerja and ada kelulusan dalam bahasa Mandarin ni. So kira macam advantage jugaklah.

Ok. Rumah sewa pulak. Ok. Seronok. Boleh jimat belanja dari segi makan la. Kira kalau malas nak masak boleh beli luar jea tapi tu kadang kadang la. Depends kat financial yang sekarang ni sengkek sikit sebab tak dapat pinjaman lagi. Kat rumah ni masing masing bukan belajar tapi masak. Hahaha. Setiap masa makan jea. Macam mana nak kurus kan? :P

Nanti update lagi. Esok saya balik Sungai Buloh. Siapa rindu saya meh la datang rumah. Hahaha.

Wednesday, June 30, 2010

Fasa Baru Dunia baru

Hey. Lagi 2 hari sebelum fasa baru saya bermula. Perasaan macam macam ada. Takut, seronok, cuak, malas, geram, segalanya di sini. Bhaha. Dulu masa mula mula nak diploma pon macam ni jugak. Tapi waktu tu memang la takut sebab takde kawan sekolah sama sama pegi sana sini. Yang ada kawan baru dari seluruk pelusuk Asia Tenggara.(melampau)
Excited mak nokk~

Ijazah kali ni suppose saya xdelah nak gabra sangat ke sebab kalau ade MMS(bukan msj bergambar) saya at least ada kawan kawan yang dah kenal 3 tahun.

Zaman diploma :
- Handphone mak pegang.fine.
- Kawan baru yang semuanya hot. Saya tak.fine
- Pergi MMS sorang sorang dan buat muka blur pandang awek dan pakwe hot.fine
- Muka masih freshie.fine
- Zaman masih single. Eh tak. Baru lepas break off.fine

Zaman ijazah
- Handphone sendiri pegang.
- Kawan dah kenal boleh gelak tawa baring tidur sesama.
- Kalau ada MMS boleh pergi sama sama.
- Muka dah tak freshie SPM lagi tapi bertambah fresh dengan lemak lemak.
- Zaman tidak single sebab i ade bf taw? :P



Tapi yang best masa diploma 3 tahun sebab rumah/kolej. Macam duduk apartment taw? Sila jealous. Kalau korang duk berhimpit satu bilik asrama 4 orang dengan katil, meja belajar dan toilet jauh dari bilik dan kene tunggu giliran atau bangun pagi sebab nak mandi cepat.

TETTT. Kami tak. Macam duduk rumah sewa tapi rumah sewa yang tak perlu di bayar. Sukahati kaulah nak buang elektrik ke air ke lepastu tiba tiba elektrik takde. Line telefon pun takde.


Sekarang tidak lagi. Saya terpaksa duduk luar sewa rumah. Baru angan angan nak duk kolej sebab kalau lambat bangun tak kelam kabut nak pegi kelas. Plus takyah buang duit bayar sewa rumah bulan bulan. Plus lagi keselamatan terjamin sebab ada pak guard yeehaa. Tapi rumah sewa saya pun ade pak guard tapi tak yeeehaaa la. Tapi sewa rumah boleh jimat bab makan sebab boleh masak. Yang tu best. :)




Namun begitu saya sedih. Kawan saya paling sporting dah nak kahwin. Tapi saya tetap bahagia dan gembira demi kebahagiaan dia. Saya mendoakan supaya kawan saya akan happy dan bahagia dengan hubby dia. Wah bestnye. Sok time graduation bawak laki. Kalau dah rezeki bawak anak dalam perut. OMG OMG.


I love you so strong Sidahku


Bawah ni satu satunya gambar yang saya masih simpan dan mengandungi (hehe) kawan pertama saya di Puncak Perdana.


Yaww. :P


Well. Apa apa pun saya kena move on kan? So :

Yaw I'm A Stylist





Cantik tak model model I ? Lawa lawa kan? Gaya mereka style x? Ergghh. Tak? :P

Hehe. Thanks to Sherah sebab kenalkan game Looklet ni. Ok. Haritu saya main game make-up now game baju baju. Haha. Damn. Macam kanak kanak pon ade. Memang takde keje cari keje ni.
Sebab baju dia lawa lawa, mahal mahal gitu, kau bubuh la apa pun kat badan model tu. Janji kat mata kau cantik yea? Pegi buat pegi buat. :)

Klik sini.


(Tag dari Tasha lum buat lagi. Sorry dear. Nanti i buat. :D )

Monday, June 28, 2010

Cuti cuti Malaysia :P

Holiday. Vacation. Segala yang berkaitan dengan cuti cuti Malaysia memang best. Pastu pegi segala pulau yang ada. :)

Err. Ni bukan gambar percutian saya baru baru ni. Ini waktu saya semester 3. GPMS yang anjurkan. Bayar RM50 only dapat pegi Langkawi. Huwaaaa. Bestnye. Masa pegi ni beberapa hari kot lepas habis exhibition. Kira macam pergi relax relax la. Tapi tak jugak sebab masing masing time ni sibok nak tangkap gambar untuk completekan subjek Cinephoto. Kamera memang tak lepa la dari tangan. Kebetulan masa saya pergi ni, saya single. Huwaaa. Best jugak sebab boleh gelak gelak suka suka hilang tension. Untuk masalah peribadi ye boleh hilang tension. Untuk masalah pembelajaran. Cannot cannot. :P

Al maklumlah. Waktu pergi blog ni tak lahir lagi. Tadi tengok tengok gambar terjumpa pulak. :)




Mereka yang terlibat. :P

Woot woot. Leo pon ade.



Pergi pantai malam malam. Memang tak bagi peluang langsung nak tengok pantai ni pagi pagi. Takpelah. Orang dah arrange. Ikot jea la. :P

Kan? Malam sejuk. :P

Aww. Gedik.

Sukanya laut

:)
Kegembiraan teramat



Phewwit. Padahal tengah borak pasal isu poligami.




Kamera expired masa kat sini. Lepastu terus expired tak ber-charge. Plug kat hotel tak cukup. :P


Ok. Favourite saya. :)


Say : K-i-i-i-c-a-a-a-p
(sampai turn Pia nak habis sebut kicap. Sebab tu mulut dia nak tutup da. :P )

:)



Gambar ade lagi tapi saya cuma tunjuk
yang saya nak tunjuk jea. :D

Friday, June 18, 2010

She's The Nanny

Francine Joy Drescher atau Fran Drescher. Terkenal kerana suaranya yang unik.

Well. Siapa tak kenal dia nih? Kalau tengok The Nanny memang tahu sangat lah kan. Masa cite tu dia sangat kurus sampai saya jeles ok tengok dia? Tapi sekarang dia sudah sihat. Haha. Mungkin ini gambar terbaru dia lah kot.



Kan? Dia nampak sungguh sihat



She's hot
The Nanny