Friday, July 12, 2013

Review - Sony Experia Neo L

Okay tak tahu kenapa tetibe nak buat review pulak pasal handphone sendiri. Berkongsi ke sebab takde keje. Sekarang ni saya pakai Sony Experia Neo - L.


imej ihsan Google

Review ni bukan review yang akademik sangat. Cuma pendapat pengguna seperti saya. Basically dah pakai Neo lebih kurang 4 bulan. Kot. Tak hengat pulak. Sebelum ni pun pakai Experia tapi X8. X8 okay je tapi kalau dah ter-off sendiri nak on balik susah gila. Terpaksa letak kertas sebagai pengetat bateri. Ayat kena cover sebab bulan puasa. Lepas kejadian mati dah susah hidup terus berimaginasi beli handphone lain. 

Sony best pakai sebab kamera dia cantik. Sound untuk lagu pun tak pecah. Tapi untuk yang suka pakai front-camera macam saya, Sony tidak digalakkan sebab tak berapa nak lawa. Pecah pecah gitu. Ramai cakap Ipong Ipad lawa gila kalau pakai front-camera. Tapi Samsung Galaxy Tab 2 7.0 punya front-kamera boleh tahan lah lawa. Tapi teringin nak pergi tukar Sony Experia Z. Boleh rendam dalam air. Hmm menarik. 

Setakat ni dah 2 kali rasanya format si Neo ni sebab asyik tak betul je. Tak tahulah masalah memori kad ke atau masalah phone. Memory kad dah tukar dah. Penatlah makcik asyik nak main tukar tukar. Lepastu pulak dia suka tak detect wifi dekat rumah ni. Pantang biar kejap, mesti dia gelap dan ambik masa yang lama nak okay. Terpaksa cabut bateri dan off secara paksa-rela. 

Kalau advantage Neo ni pulak, mestilah dengan apps yang kita selalu pakai macam Whatsapp, WeChat, Instagram, Waze, Camera360. So far apps sekalian ini tidak memberi masalah. Cuma bila kita dah update mulalah memory full la hape la. Seriuosly Neo saya memang takde game unless game Experiment yang memang sedia ada. Saya tak suka sangat nak main game ni. Pernah jugak download game tapi tak sampai sebulan, bosan uninstall balik.

Dan saya pulak suka hias hias isi Neo macam tukar wallpaper. Tukar font. Seronok je. Macam saya duduk rumah sewa ni ada wifi, so senang nak direct ke FB ke, YouTube ke, Gmail ke. Takpayah on lappy pon dah boleh update FB dan check email bagai. Tapi tak seronok bila kau slide phone kau dan dia jatuh atas muka. TAK BEST!

Sebelum beli Neo, nak beli Samsung tapi nak beli yang screen besar. Kita kenalah sedar nak beli Neo pun ayah belikan. Lelebih pulak nak memahal. Nak Samsung Ace tapi screen dia kecik sikit dari Neo. Neo ni pulak menarik je sebab skrin besar. Better la dari X8. Harga pun Neo lagi murah rasanya. Tak ingat. Tapi trade in X8 dapatlah harga Neo around RM450 kot. Lebih kurang la. Tak ingat. Sayang nak jual X8 tapi ku disuruh sebab tak pakai. Masa beli Neo ni memang bidan terjun. Pergi terus beli. Tak buat apa-apa revision pun pasal handphone. Hehh siap ada revision. Bab telefon ni mane lah saya pandai. Kalau bidan terjun beli kasut ke, baju ke, handbag ke, saya pandailah. Mujur ada encik Along. 

Tujuan nak beli Samsung tu pun sebab casing dia senang carik dan lelawa. Boleh? Berdasarkan ihsan Google, dapatlah jumpa beberapa warna casing Neo yang menarik.



Apa kau ingat note je ada Rilakuma?


Ada macam review tak? Tapi kalau mintak cadangan untuk nak beli Neo, hmm ikut sukalah. Mungkin nasib saya tak berapa nak baik dapat masalah dekat Neo. Mungkin masalah kecik tapi manalah saya tahu bab telefon ni. Rasa kalau tukar memory kad dah okay, takde masalah pun. Skrin besar. Kamera 5 Megapixel. Nampak lah macam kau pegang Ipong atau HTC. Ke Blackerry Z10. Kalau rasa rasa nak berangan bolehlah. 

No comments: