Friday, June 22, 2012

Festival Filem bersama Suami Aku Ustaz

Cuba merajinkan diri update blog. Hikhik. Minggu ni aku ade wedding yang memang wajib pergi. My cousin punya wedding. Last week dah pergi belah perempuan. Minggu ni pihak lelaki pulak. Dah janji dengan mak nak balik besok. Tetiba hilang ingatan bila dah janji bagai dengan budak budak rumah nak pergi festival filem. Semalam call mak bagitahu tak boleh balik awal. Paling lambat pun sabtu tengah malam.

"Tapi ahad angah ada kan?"
"Ahad angah ada lah."

Sempat pesan sebab takut aku tak balik. Mana boleh. Kena balik. Wedding cousin sendiri kot. :)

And about the festival, memang dah dengar dah awal awal dulu pasal festival filem ni. Festival filem pendek pelajar. Start dari Khamis haritu. And malam kemuncak adalah besok malam. Kali ni tuan rumah adalah UiTM sendiri. Buat dekat DATC UiTM Shah Alam.


Ini adalah pas untuk masuk. Serius kitorang ingat masuk sahaja. Tapi ada yang cakap budak TEKA masuk sahaja sebab wajib. Tapi ada yang cakap kena ada pas. Takpelah. Mana mana jela. Kitorang ada pas. :)

Katanya ramai retiss gituu. Tak sabar mak jemah.


Kehkehkeh. Best tak tajuk dia? Wink wink.

Lepastu pulak aku tak tahu pesal aku gila novel sekarang. Dulu aku tak macam ni. Start aku gila novel masa aku mintak Atiq pilihkan satu novel untuk aku. Pernah lah baca sebelum ni tapi takdelah macam obses gila ke ape. Sebab aku tahu aku kalau baca novel aku rasa realiti aku pun macam dalam novel. Sebab aku kuat berangan.

BUT BUT BUT novel aku belum lah boleh di buat koleksi. Baru ada 1 2 macam tu je. Lepastu lebihnya orang bagi 1. Lepastu 2 buku lagi buku partner. So bacalah. Lepastu siang tadi takde kerja pergi MPH SACC Mall cari lagi novel tapi beli 1 je. Sebab hhmm sebab .. Alaaa hujung sem ni. Pepaham jela.

Banyak banyak novel aku tak tahu nak ambil yang mana. Alaaa novel jalan cerita hampir sama. Tapi aku memang suka. Sebab lepastu aku emo sendiri. Kejap kejap marah. Kejap kejap aku gelak. Senyum. Itulah penangan novel.



SUAMI AKU USTAZ
Insya Allah, suatu hari nanti.
Ustaz untuk aku dan anak anak.
Amin

Cewahh :)




No comments: