Seperti tajuk di atas. Semua orang suka bau yang harum kan? Persekitaran yang bersih, wangi. Even diri kita sendiri pun kita nak wangi selalu kan? Kadang kadang bangun tidur pun nak bau wangi. Siapa kata tak boleh? Boleh boleh. *Ini apa yang saya tahu dan dengar dari orang then aplikasikan :)
*Contoh
P/S : Bagi yg dah berkahwin. kalau nak pakaian dalam anda wangi ini tips. Masa bilas baju anda tu, titikkan sedikit pewangi kegemaran. Then jemur macam biasa. Pasti wangi. Boleh juga di jadikan untuk tips wangikan pakaian lain :)
Oh yea. Nasib ingat. Nak nampak cantik dan berbau harum ketika bangun tidur? Sebelum tidur sikat rambut. Calit sikit perfume terutama kat bahagian nadi kita. Baca doa tidur, ayat kursi. Tidur dengan sempurna Insya Allah nampak cantik dan wangi lepas bangun tidur.
2.MEWANGIKAN BADAN
Haloh haloh haloh senangnya. Semasa anda mandi, gunalah sabun yang bau dia satu rumah korang akan cakap 'wanginya' bila korang keluar jea dari toilet. Aha. Mesti korang bangga kan? Dan korang pun pasti selesa dengan diri korang. Kalau nak guna sabun anti-kuman macam Dettol ke ok jugak. Lagi selesa kan? Sebab dah berpeluh sakan badan korang mandi dengan sabun Dettol. Memang berbaloi.
Lepas mandi tu rajinkan lah pakai bedak. Eh bedak baby Johnson tu pun lagi elok. Wangi taw? Makcik ni ha memang everyday pas mandi pakai bedak baby taw. Bau pun wangi macam baby. Hahaha. Tapi saya dah biasa dari kecik pakai bedak lepas mandi. Then kat ketiak tu ehem ehem bawah lengan tu sapulah Rexona ke Nivea ke or apa apa jea deodorant yang ada. Lagi bertambah wangi. Tak adalah bila kau angkat tangan bau peluh. Haa lepas tu kalau lagi rajin sembur perfume tak kisah la kau nak duk rumah jea ke atau nak keluar.
*Contoh
3. UNTUK BILIK
Yang ni mudah. Belilah penyembur udara yang segar dan wangi. Then sembur. Tapi kalau kedekut sangat sembur jea perfume korang kat bilik. Tapi kalau kedekut lagi tabur bedak talkum kat lantai kao genyeh genyeh ngan kaki. Lagi kalau kedekut aku tak tahulah.
Bila guna tips 1 dan 2 korang akan lebih wangi. Yelah. Badan dah wangi baju pun wangi. Haiiii memang ramai la orang nak dekat dengan kau. Tapi janganlah kau dah wangi pakai selekh pakailah kemas sikit. Kalau kau wangi tapi selekeh takde sape pun nak dekat. Eh orang selekeh wangi ke? Tettttt~
SELAMAT MENCUBA!
2 comments:
aha. kalau dapat kawan macam aku,sah2 kene toce ah sape yg pemalas sgt 2.. aahahaha.
hahaha kalau aku. aku tgok jea la takat mne perangai buruk die.
Post a Comment