Tuesday, July 16, 2013

7 Ramadan

Sepanjang hari tak sedap tekak. Bila petang hujan memang di buai buai mintak ditidurkan. And now still srot sret. I'm not feeling well. Tekak rasa perit. Hidung rasa berair. Inilah dugaan berpuasa dan demam.

But mom. Boleh angah ponteng puasa tak? :D

"Sakit itu penghapus dosa. Alhamdulilah :)

Friday, July 12, 2013

3 Tahun

Alhamdulilah syukur. Penantian satu penyeksaan. Nak mendapatkan segulung ijazah Subhanallah. Tidak sesenang mana. Dalam 3 tahun waktu belajar untuk degree ni macam macam dugaan. Pernah sekali di timpa ujian yang sangat berat. Sampai terasa nak berhenti. Tapi bila semua orang secara berjemaah memberi nasihat maka dibatalkan niat untuk berhenti.

Alhamdulilah tak sangka dah habis semua tugasan dan juga tesis. Yeeehuuuuu. Okay nak berehat lepas raya carik kerja. Boleh? Maknanya raya nanti tak bolehlah nak bagi anak buah duit raya. Harap maaf.

Jadi ceritanya harini pergi settlekan hantar tesis dekat office. Alhamdulilah akhirnya tugasan paling berat telahpun selesai. Syukur sangat2. Semoga mendapat keputusan yang baik insha Allah amin. Now tunggu masa untuk konvo yeay :)

Review - Sony Experia Neo L

Okay tak tahu kenapa tetibe nak buat review pulak pasal handphone sendiri. Berkongsi ke sebab takde keje. Sekarang ni saya pakai Sony Experia Neo - L.


imej ihsan Google

Review ni bukan review yang akademik sangat. Cuma pendapat pengguna seperti saya. Basically dah pakai Neo lebih kurang 4 bulan. Kot. Tak hengat pulak. Sebelum ni pun pakai Experia tapi X8. X8 okay je tapi kalau dah ter-off sendiri nak on balik susah gila. Terpaksa letak kertas sebagai pengetat bateri. Ayat kena cover sebab bulan puasa. Lepas kejadian mati dah susah hidup terus berimaginasi beli handphone lain. 

Sony best pakai sebab kamera dia cantik. Sound untuk lagu pun tak pecah. Tapi untuk yang suka pakai front-camera macam saya, Sony tidak digalakkan sebab tak berapa nak lawa. Pecah pecah gitu. Ramai cakap Ipong Ipad lawa gila kalau pakai front-camera. Tapi Samsung Galaxy Tab 2 7.0 punya front-kamera boleh tahan lah lawa. Tapi teringin nak pergi tukar Sony Experia Z. Boleh rendam dalam air. Hmm menarik. 

Setakat ni dah 2 kali rasanya format si Neo ni sebab asyik tak betul je. Tak tahulah masalah memori kad ke atau masalah phone. Memory kad dah tukar dah. Penatlah makcik asyik nak main tukar tukar. Lepastu pulak dia suka tak detect wifi dekat rumah ni. Pantang biar kejap, mesti dia gelap dan ambik masa yang lama nak okay. Terpaksa cabut bateri dan off secara paksa-rela. 

Kalau advantage Neo ni pulak, mestilah dengan apps yang kita selalu pakai macam Whatsapp, WeChat, Instagram, Waze, Camera360. So far apps sekalian ini tidak memberi masalah. Cuma bila kita dah update mulalah memory full la hape la. Seriuosly Neo saya memang takde game unless game Experiment yang memang sedia ada. Saya tak suka sangat nak main game ni. Pernah jugak download game tapi tak sampai sebulan, bosan uninstall balik.

Dan saya pulak suka hias hias isi Neo macam tukar wallpaper. Tukar font. Seronok je. Macam saya duduk rumah sewa ni ada wifi, so senang nak direct ke FB ke, YouTube ke, Gmail ke. Takpayah on lappy pon dah boleh update FB dan check email bagai. Tapi tak seronok bila kau slide phone kau dan dia jatuh atas muka. TAK BEST!

Sebelum beli Neo, nak beli Samsung tapi nak beli yang screen besar. Kita kenalah sedar nak beli Neo pun ayah belikan. Lelebih pulak nak memahal. Nak Samsung Ace tapi screen dia kecik sikit dari Neo. Neo ni pulak menarik je sebab skrin besar. Better la dari X8. Harga pun Neo lagi murah rasanya. Tak ingat. Tapi trade in X8 dapatlah harga Neo around RM450 kot. Lebih kurang la. Tak ingat. Sayang nak jual X8 tapi ku disuruh sebab tak pakai. Masa beli Neo ni memang bidan terjun. Pergi terus beli. Tak buat apa-apa revision pun pasal handphone. Hehh siap ada revision. Bab telefon ni mane lah saya pandai. Kalau bidan terjun beli kasut ke, baju ke, handbag ke, saya pandailah. Mujur ada encik Along. 

Tujuan nak beli Samsung tu pun sebab casing dia senang carik dan lelawa. Boleh? Berdasarkan ihsan Google, dapatlah jumpa beberapa warna casing Neo yang menarik.



Apa kau ingat note je ada Rilakuma?


Ada macam review tak? Tapi kalau mintak cadangan untuk nak beli Neo, hmm ikut sukalah. Mungkin nasib saya tak berapa nak baik dapat masalah dekat Neo. Mungkin masalah kecik tapi manalah saya tahu bab telefon ni. Rasa kalau tukar memory kad dah okay, takde masalah pun. Skrin besar. Kamera 5 Megapixel. Nampak lah macam kau pegang Ipong atau HTC. Ke Blackerry Z10. Kalau rasa rasa nak berangan bolehlah. 

Thursday, July 11, 2013

1Ramadhan

Alhamdulilah hari pertama puasa selesai. Malam kedua terawih. Tak tahu nak describe perasaan ni. Seronok sangat di beri peluang dan masih panjang umur.

Harini menu berbuka simple tapi tu pon dah kenyang macam tak larat nak bangun. Orang bujang so masak bujang la. Bulan puasa ni boleh jimat. Sekali pakej dengan diet muahaha. Nanti kena perli je dengan mak. Mak asyik cakap saya gemuk. Tapi memang pun :(

Sekarang waktu untuk tidur sebab pagi nak bangun sahur. Oh ya. Tadi ustaz bagitahu. Bulan puasa ni janganlah excited pasal bab makan sajo. Bab ibadah pon sama okay :)

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulilah. Syukur ke hadrat Illahi bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Syukur dapat jemaah terawih semalam di masjid Bukit Jelutong. Alhamdulilah ramai. Hopefully hujung2 puasa nanti pun seramai semalam. Teehee.

Pagi pertama sahur ni saya bersahur di rumah puncak. Minum teh o panas dengan biskut. Memang dah biasa minum teh o kalau sahur dengan berbuka. Alhamdulilah kenyang. Now selepas solat marilah kita menuju ibadat iaitu tidur. Kekeke. Okay tak. Jom sambung buat tesis lagi sikit.

Semoga Ramadhan kali ni adalah ramadhan yang berbeza dari tahun sebelumnyan. Insha Allah target apa yang kita nak. Semoga kita tidak hanya dapat lapar dan dahaga sahaja. Insha Allah :)

Saturday, July 6, 2013

Me and Sabtu-day

Hello.

Dah 6 Julai kan. Seriously? Insha Allah next week dah puasa dan insha Allah kalau panjang umur bertemu kita dgn Ramadhan yang mulia amin.

Last week dapat invitation schoolmate bertunang. Ada orang janji nak hantar lepastu dia cengkelat keluar dengan kawan lepastu suruh bawak kereta dia. Unfortunately takde kawan nak teman so mak tak benarkan drive sorang. Pity me.

Lepas zuhur baru pergi lepas ayah balik kerja. Terlepas wa nak tengok sarung2 cincin. Wahahaha. Btw tahniah schoolmate :)

Hanya wajah ini wakil sekolah yang datang. Macam biasa since masing2 hilang ke mana dan ada hal.

Wednesday, July 3, 2013

Perangaiii. Ambik bakul mak masukkan paper bebanyak lalu di sorong2.

Eh bila cakap pasal budak kecik ni automatically terupdate kan. Actually saya still di rumah puncak tapi sebab kena jaga ini montel kena balik sebab her nanny takde. Kena lah makcik bangun awal pagi.

She Is Here

Bergolek golek tak nak mandi. Lepastu sibok nak pakai losyen.

Thursday, March 21, 2013

R.I.P X8

Assalamualaikum.

Seperti biasa memang kejap ada kejap tak ada saya di dunia blog ini. Untuk pengetahuan, saya dah mula new sew iaitu final sem untuk degree. Fuh fuh sila cekalkan diri.

Btw now memang bz sebab nak buat banyakkk kerja. Dan paling penting nak grad. Jadi jom kita strugle untuk final year ni. Yeay nanti boleh kerja dah. Insha Allah.

Seperti tajuk di atas, saya sudah pun menjual X8 saya dengan harga RM120 pada tauke kedai di sg buloh. Mula2 just nak beli phone biasa alih2 dapat luar biasa. Alhamdulilah rezeki. Thanks pada super duper hero yang belanja. I love youuu :)

Setelah 2 tahun pakai X8 selamat tinggal dan selamat datang baby neo :)

P/s : yup still gune brand sony lagi.

Sunday, January 27, 2013

No Money No Talk

Salam.

Hari ni hari Ahad dan aku sedang bercuti di rumah. Dah macam tulis diari pule. Semalam aku pergi kenduri kahwin kawan. Abang dia kahwin. Dan soalan yang biasa di tanya pada aku dan 2 orang lagi kawan , kau bila lagi? Ya soalan tu sangat lah sensitif ya. Hanya mampu menjawab In sha Allah. Doa doa kanlah untuk aku. Kalau di fikir banyak kali tentang perkahwinan, memang itu impian setiap wanita. Wanita sangat aku ni. Tapi aku percaya pada takdir dan jodoh itu rahsia Allah, jadi kita merancang. Biar Dia tentukan segalanya. :)

Sekarang ni tengah cuti semester. Tapi aku memang ulang alik balik rumah sewa sebab nak jumpa lecturer pasal thesis. Alhamdulilah setelah beberapa kali tukar tajuk, tajuk kali ni approve cuma belum boleh proceed to chapter 1 lagi sebab ada benda lagi nak kena betulkan. Harap harap sebelum bulan 3 dah siap sampai chapter 2. Amin. Dan sebab sekarang ni tengah cuti semester, haruslah duit pinjaman dah habis kan? Kasihan di situ ya. So kita buat biasiswa PA&MA pule. Dan cuti lama duduk rumah ni pon ada kena mengena dengan duit. Untuk mengelakkan penggunaan wang poket, lebih baik duduk dekat rumah mak ayah ni. Semua lengkap. Seriuosly tak sabar nak tunggu bulan 3 sebab duit pinjaman dah masuk. At least boleh la nak buat budget. Tapi hujung bulan 7 paling tak sabar sebab dah tamat semester 6, in sha Allah dan nak pergi cari duit sendiri.

So now, no money, no TALK.