Sunday, November 11, 2012

Cerita Semalam

Assalamualaikum.

Rajin kan aku update sekarang? Sejak sejak kerja tak ada ni. Tapi thesis menanti. Tak jugak buat buat. Sebab tak tahu tajuk approve ke tak. Boleh alasan macam tu? Hoho. Okay. Semalam ada orang ajak pergi makan sambil sambil nak bagi hadiah bebeday kita haritu. Mula mula mestilah pergi ke tujuan asal iaitu makan dekat KFC seksyen 13. Lepas makan orang tu sibuk nak cari buku then terus pergi SACC Mall. Singgah MPH. Masuk je 2 2 hilang. Sorang dekat sini. Sorang lagi dekat sinun. Aku belek punya belek terjumpa buku ni :

WAHAI MUSLIMAH JAUHILAH 60 LARANGAN 

Sebenarnya ada buku lain aku belek belek memang best. Senang cerita semua buku best tapi aku tertarik nak beli yang ni. Orang tu asalnya nak beli buku bercucuk tanam kononnya, beli buku Ustaz Azhar Idrus. Comel kan? Bercucuk tanam. Hehehe. Berhenti solat kejap, then datang balik MPH. Asalnya aku yang harus membayar buku buku ini, namun oleh kerana bakal petani tu baik hati, dia yang pergi bayar. Alasan nak jadi petani. Apa pun tak boleh =D

Masa turun escalator nampak orang buat kolam.


 



Cantik kan? Respect gila dekat kaum India ni. Sangat kreatif. Ingat senang nak buat corak corak ni? Mesti lama gila. Tapi serius lawa sesangat dia buat :)

#happy23rdtome:)

No comments: