Monday, March 8, 2010

Lagu-lagu Saya

Di blog Cik Pipit saya ada menyatakan tentang lagu-lagu kegemaran beliau. Saya juga ada menyatakan terhadap beliau juga. Tapi beliau mahu details. Ok. Ini dia.

- Keputusan Hati ; Acha Septriasa
Lagu ni saya dengar pertama kali dalam kete Olyn masa nak pergi keje kat Putrajaya dulu. Tertanya-tanya siapakah penyanyi dan tajuk lagu ini. Pada saya, lagu ni lebih berkisahkan tentang wanita yang xdapat nak lepaskan kedua-dua kekasih hatinya. Saya suka sebab melodi dia indah. Bait-bait lirik? Takde kena mengena ok.

- Aizat ; Pergi
Pertama kali dengar masa tonton 'Talentime'. Terus jatuh cinta. Bila saya dengar lagu ni, saya teringat arwah nenek saya. Ok. Tak mahu sedih tapi lagu ni memang sedih. Macam mana?

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

- Bunkface ; Revolusi
Suka sebab Bunkface itu sendiri.

- Rihanna ; Unfaithful
Saya bukan begitu. Sekarang. Dahulu. Saya mengaku. Tapi yang saya suka dengar versi remix. Baik punyaaa.

- Ungu ; Tercipta Untukku
Lirik lagu ini sendiri boleh buat saya menangis dan dalam masa yang sama tersenyum. Bila Mok saya nyanyi lagu ni untuk saya, saya senyum. Bila saya lihat video klip kumpulan Ungu, saya menangis.

- Celine Dion ; I Love You
Kenapa? Sebab ayat I Love You itu sendiri.


Ini adalah antara lagu-lagu saya. Banyak lagi. Mungkin saya mampu senaraikan tapi tak mampu menyatakan sebab meminati lagu tersebut kerana saya sendiri sudah rasa mengantuk sekarang. Tujuan online lain. yang di lakukan lain.

- Siti Nurhaliza ; Ku Percaya Ada Cinta
- Azharina ; Rawan
- Wonder Girl ; Nobody
- Aliyah ; Tak Mungkin Kerna Sayang
- BCL feat Ari ; Aku dan Dirimu
- Raffi Ahmad feat Ayushita ; Jangan Bilang Tidak


Itu saja. Saya harap Cik Pipit gembira. ;)

4 comments:

Adam Raiz said...

tq sbb be-share-kan lagu2 fav awk. hehhe!

Farhana Anuar said...

hee. same2. ;)

ZALIKA NADIA said...

huhu.. jom g karok!!

bahahhaa

Farhana Anuar said...

hehe. jommm. ;D