Monday, March 29, 2010

Semalam

Masa text-text ngan Mok

Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku


Terima kasih Mok. Awak buat saya senyum sorang-sorang semalam. Dandandan membuat saya kurang sedih pasal pakcik saya. Terima kasih. ;)

Sunday, March 28, 2010

Sayu Saya Tau?

Pak cik saya tiba-tiba rebah. Sebelum dia rebah, dia bercakap sorang-sorang. Macam tu la mak saya cite. Mule-mule sis saya cakap die pengsan, saya ingat dia cuma pengsan biasa. Jahat kan? Tapi rupanya tak. Die tenat sekarang. Mak cakap memang tak sampai hati la tengok pakcik dlm keadaan macam tu. Saya sayu sangat. Saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk pakcik saya. Saya harap dia akan kembali pulih seperti biasa. Saya tahu perasaan isteri dan anak-anak dia sekarang. Siapa tak sedih. Nampak sihat walafiat tetibe terus tenat. Minggu lepas xsilap saya balik. Saya tengok pakcik saya sihat. Minggu ni tau-tau je dah tenat. Saya sangat sedih. Tak dapat nak menaip lagi ni. Sungguh sedih.

Ya Allah. Kau selamatkanlah pakcik ku. Berikanlah dia kehidupannya kembali.


Family saya semua, jangan bersedih ye? Doakanlah yang terbaik untuknya.

Thursday, March 25, 2010

Saya Teguh Mencari Ilmu

Sudah lama saya tinggalkan blog ini. Bukan saya taknak update. Saya ada banyak tugasan nak di siapkan memandangkan ini semester last saya. Saya taknak main-main. Mok saya tu pon saya abaikan. Tapi dia abaikan saya dulu. Yela. Masing-masing sibok belajar. Tapi Mok lagi sibok. Kalah saya yang dah last sem ni. Yela tu Mok.

Saya fikir ;

Hari shooting semakin dekat. Tapi untuk bahagian wardrobe belum settle sepenuhnya. Itu dah cukup pening fikir. Dengan budget yang semakin sikit. Tetapi barangnya melebihi budget untuk bahagian wardrobe. Kalau duit saya banyak, saya dah dulukan. Pasal duit pulak, subsidi makan tak masuk lagi. Dua bulan dah ni. Duit kat bank makin lama makin sikit. Macam mana tak pening kepala.

Banyak report yang nak di siapkan. Waktu belajar adalah lagi sebulan lebih kot. Exam final nye takde tapi reportnya bukan main. Jam kredit taknak lak sampai 4.00 jam kan?


Saya tak merungut. Nak luahkan sikit. Heee. Alternatif untuk meng-online pula baru selesai di format. Tu pun sebab pening jugak tu. Pening fikir nak buat kerja macam mana.

Doakanlah yang terbaik untuk saya kawan-kawan. ;)

Tuesday, March 16, 2010

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi ;

- Apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya hingga subuh.

- Pada akhir setiap solat Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah.

- Pada akhir tiap-tiap solat Fardhu, Allah menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

- Ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

- Sebelum keluar rumahnya, Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya



;))) SHARING IS CARING

Mari Lihat Gambar

Hari tu ada orang cakap kat saya, die rindu nak tengok gambar gedik saya. Ok. Ni khas untuk anda.

Taraaaa. >






Ok. Enough sesi ber-gedik bersama Mel ye? Hahaha. Dah lama tak buat post-bergambar macam ni kan? At last.



;)

Saturday, March 13, 2010

The Most Wanted

Mengikut jadual, mungkin aku start shooting awal bulan 4. Bagi kawan2 yang da mula shooting, gud luck guys.! Aku ni ha poning dok pk wardrobe. Kat mne aku nak tibai cari jaket kulit sume. Budget kalao banyak xpe. Ni budget pon kalau boleh nak kurangkan. Soo, xde la melebih-lebihkan. Yg sempat surver aritu pon topeng perompak tapi harge tak tnye pulak. Tgkap gambar je. Bagus. Bijakk!

The Most Wanted? Haaa. Tu lah tajuk short film 'Laskar Seni Production'. Group aku. Aku assist wardrobe je. Tapi pening gak la. Tapi kelonggaran sikit sebab kitorang akan create negara sendiri macam cte Cicak-Man tu. Hebat x? Hebat la kottt kalau editing superb. Ehem-ehem. Tetibe sakit tekak.

Bohemian Pictures, Group Sketch, dan Hang Tuah. Semoga berjaya ok? Ini projek last kita untuk semester ni. Dah 3 tahun kot kita kt Puncak Perdana. All the best~

;))

Monday, March 8, 2010

Lagu-lagu Saya

Di blog Cik Pipit saya ada menyatakan tentang lagu-lagu kegemaran beliau. Saya juga ada menyatakan terhadap beliau juga. Tapi beliau mahu details. Ok. Ini dia.

- Keputusan Hati ; Acha Septriasa
Lagu ni saya dengar pertama kali dalam kete Olyn masa nak pergi keje kat Putrajaya dulu. Tertanya-tanya siapakah penyanyi dan tajuk lagu ini. Pada saya, lagu ni lebih berkisahkan tentang wanita yang xdapat nak lepaskan kedua-dua kekasih hatinya. Saya suka sebab melodi dia indah. Bait-bait lirik? Takde kena mengena ok.

- Aizat ; Pergi
Pertama kali dengar masa tonton 'Talentime'. Terus jatuh cinta. Bila saya dengar lagu ni, saya teringat arwah nenek saya. Ok. Tak mahu sedih tapi lagu ni memang sedih. Macam mana?

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

- Bunkface ; Revolusi
Suka sebab Bunkface itu sendiri.

- Rihanna ; Unfaithful
Saya bukan begitu. Sekarang. Dahulu. Saya mengaku. Tapi yang saya suka dengar versi remix. Baik punyaaa.

- Ungu ; Tercipta Untukku
Lirik lagu ini sendiri boleh buat saya menangis dan dalam masa yang sama tersenyum. Bila Mok saya nyanyi lagu ni untuk saya, saya senyum. Bila saya lihat video klip kumpulan Ungu, saya menangis.

- Celine Dion ; I Love You
Kenapa? Sebab ayat I Love You itu sendiri.


Ini adalah antara lagu-lagu saya. Banyak lagi. Mungkin saya mampu senaraikan tapi tak mampu menyatakan sebab meminati lagu tersebut kerana saya sendiri sudah rasa mengantuk sekarang. Tujuan online lain. yang di lakukan lain.

- Siti Nurhaliza ; Ku Percaya Ada Cinta
- Azharina ; Rawan
- Wonder Girl ; Nobody
- Aliyah ; Tak Mungkin Kerna Sayang
- BCL feat Ari ; Aku dan Dirimu
- Raffi Ahmad feat Ayushita ; Jangan Bilang Tidak


Itu saja. Saya harap Cik Pipit gembira. ;)

Thursday, March 4, 2010

Kejap eh?

Saya tahu saya menghilang few days ni. Sebabnya saya sungguh sibuk. Hee. Betul. Xtipu punyee. Sekarang ni saya rajin sikit. Masuk library dgn tujuan update blog. Bagus x? Haha.


Makcik saya. Saya dah ade plan nak buat bisnes ape. Nanti kite text2 ye tapi kalau saya lambat reply tu maksudnye krdit tiada. ;D


Ok. Bye. Nati saya update lagi.


Saya da ok ngan Mok saya. ;)