Tuesday, May 25, 2010

Tanda Terima Kasih pada Tetamu

Selalu kalau tiap kali ade wedding, tetamu tetamu mesti dapat sagu hati kan? Err. sagu hati ke? Nak lebih sedap dipanggil ape eh? Buah tangan? Hahaha. Sagu hati je la. Sebagai tanda terima kasih tuan rumah kepada tetamu yang datang memeriahkan majlis.

Kalau dulu-dulu orang bagi telur kan tapi sekarang ramai yang dah tukar menjadi kek cawan la, sapu tangan la. Garfu sudu la. Hekhek. Sebab menurut kata mummy saya, kalau guna telur macam membazir. Sebab telur yang dah rebus, mana tahu ada yang pecah ke. Kan macam membazir. Lagi pun budak budak dapat telur main buang-buang je. Jap g habis kenduri tengok telur bersepah sakit mata, sakit hati.
Masa rumah maklang dulu dapat pulut kuning. Ganti dengan telur. Memang akan nampak sentiasa muka saya sebab time tu kecik lagi dalam umur budak sekolah rendah. Pegi tepi pelamin tarik bunga tu sebab konon bunga ni cantik la padehal nak pulut. Lepastu gigit sikit kat hujung plastik tu makan sambil borak dengan sepupu. Wah seronok.

Saya tak ada pengalaman menguruskan wedding ni, errr. Maksud saya, adik beradik belum ada yang kahwin lagi. So rumah ni belum la pulak fikir nak bagi sagu hati kat tetamu time wedding. Cuma dulu masa tahun 2005 kot usu saya belah mummy kahwin buat dekat rumah saya. Masa tu sagu hati masih lagi telur dan gula-gula. Sebab saya yang packing, saya ingat la. Time saya ke, abang saya ke, atau adik lelaki saya kahwin nanti saya tak tahu la pulak nak bagi sagu hati ape.

Oleh kerana itu, saya nak tunjuk sedikit sagu hati yang saya, ehh bukan, mummy saya dan daddy saya dapat sebab kalau bab-bab kenduri ni saya memang paling malas kecuali bile daddy dah bising kata tak bergaul dengan orang. Ok fine. Paling banyak bunga telur. Telur lagi? nasib mummy bukan budak-budak yang suka buang-buang telur.

Sudu. Ni betul maju ni. Kalao time makan malas nak basuh tangan, sudu ni boleh terus manfaatkan.


Bakul. Rasa isi die mesti sweets kan?


Yang bawah ni lebih pada sapu tangan yang di letak di bunga. Wahh kreatifnye. Seperti Teknologi kreatif dan artistik. Haha. Dan bunga telur. Harap maaf. Gambar banyak yang sama contentnya tapi nak tunjuk skill tangkap gambar konon bak photographer terhebat. ;DD



Gambar last peberet betol. Sebab tengok macam lawa je. ;DD

Anda pulak? Yang bujang-bujang. Kalau nak bagi tetamu korang sagu hati. Ape yang korang terlintas di fikiran sekarang nak bagi? ;)
Kakak saya. Sila jawab. ;D

2 comments:

ZR said...

alaaaa nape sy?huhu.

sy xbg pe2 pun nnti.sy bg ucapan terima kasih jek.hahaha.jimat cket ;D

Farhana Anuar said...

sebab setakat ni yg terdekat awak la. ;DD

terima kasih je? cancel sponsor. haha