Monday, May 31, 2010

Jatuh Hati Dengan Awak Laaaa

Presenting :



*imej ihsan Google

Suke Suke Suke Sangat. Ada jambang jambang. Hahahahaha. I loikeee.


Tuesday, May 25, 2010

Tanda Terima Kasih pada Tetamu

Selalu kalau tiap kali ade wedding, tetamu tetamu mesti dapat sagu hati kan? Err. sagu hati ke? Nak lebih sedap dipanggil ape eh? Buah tangan? Hahaha. Sagu hati je la. Sebagai tanda terima kasih tuan rumah kepada tetamu yang datang memeriahkan majlis.

Kalau dulu-dulu orang bagi telur kan tapi sekarang ramai yang dah tukar menjadi kek cawan la, sapu tangan la. Garfu sudu la. Hekhek. Sebab menurut kata mummy saya, kalau guna telur macam membazir. Sebab telur yang dah rebus, mana tahu ada yang pecah ke. Kan macam membazir. Lagi pun budak budak dapat telur main buang-buang je. Jap g habis kenduri tengok telur bersepah sakit mata, sakit hati.
Masa rumah maklang dulu dapat pulut kuning. Ganti dengan telur. Memang akan nampak sentiasa muka saya sebab time tu kecik lagi dalam umur budak sekolah rendah. Pegi tepi pelamin tarik bunga tu sebab konon bunga ni cantik la padehal nak pulut. Lepastu gigit sikit kat hujung plastik tu makan sambil borak dengan sepupu. Wah seronok.

Saya tak ada pengalaman menguruskan wedding ni, errr. Maksud saya, adik beradik belum ada yang kahwin lagi. So rumah ni belum la pulak fikir nak bagi sagu hati kat tetamu time wedding. Cuma dulu masa tahun 2005 kot usu saya belah mummy kahwin buat dekat rumah saya. Masa tu sagu hati masih lagi telur dan gula-gula. Sebab saya yang packing, saya ingat la. Time saya ke, abang saya ke, atau adik lelaki saya kahwin nanti saya tak tahu la pulak nak bagi sagu hati ape.

Oleh kerana itu, saya nak tunjuk sedikit sagu hati yang saya, ehh bukan, mummy saya dan daddy saya dapat sebab kalau bab-bab kenduri ni saya memang paling malas kecuali bile daddy dah bising kata tak bergaul dengan orang. Ok fine. Paling banyak bunga telur. Telur lagi? nasib mummy bukan budak-budak yang suka buang-buang telur.

Sudu. Ni betul maju ni. Kalao time makan malas nak basuh tangan, sudu ni boleh terus manfaatkan.


Bakul. Rasa isi die mesti sweets kan?


Yang bawah ni lebih pada sapu tangan yang di letak di bunga. Wahh kreatifnye. Seperti Teknologi kreatif dan artistik. Haha. Dan bunga telur. Harap maaf. Gambar banyak yang sama contentnya tapi nak tunjuk skill tangkap gambar konon bak photographer terhebat. ;DD



Gambar last peberet betol. Sebab tengok macam lawa je. ;DD

Anda pulak? Yang bujang-bujang. Kalau nak bagi tetamu korang sagu hati. Ape yang korang terlintas di fikiran sekarang nak bagi? ;)
Kakak saya. Sila jawab. ;D

Saya Sokong Adira (demam AF dah habis)

Dia sangat cantik. Suara die sangat best dan dia sangat berbakat. Ceceh. Macam pakar sangat saya ni dalam hal-hal nyanyian kan? ;)


Klik sini


Adira – Ku Ada Kamu Lirik

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu








SMILE COZ SOMEONE LOVES YOU ;)

Tuesday, May 18, 2010

Dah Lama Tak Tukar Baju You

Saya dah lama x tukar baju blog saya. Ni saya pakai template dulu. Tengah nak carik yang lain tapi tak jumpa yang berkenan di hati lagi. Sapa yang tahu laman web template blog lawa-lawa,share lah ye? ;)

Dah godek punye godek blog ni, ade beberapa benda yang lari setting die. Haihhh. Xtau cmane nak betulkan balik. Tengah cuba betulkan balik ni ha. Tu lah. Gatal sangat tukar-tukar baju. Tapi u kan dah lama tak tukar baju blog, dah bau mashemmm daa. ;D

Tuesday, May 11, 2010

Esok la 12 Mei

Kalau boleh taknak bagi die pegi tapi saya tak boleh halang impian dan cita-cita die. Saya akan tetap sokong apa sahaja yang dia buat. Baik untuk dia, baiklah juga untuk saya. ;)


Saya doakan awak pergi dan pulang dengan selamat. Dan menang pertandingan tu. Ingat janji kita kalau awak menang. Teeheeeee. ;DD