Sunday, November 11, 2012

Cerita Semalam

Assalamualaikum.

Rajin kan aku update sekarang? Sejak sejak kerja tak ada ni. Tapi thesis menanti. Tak jugak buat buat. Sebab tak tahu tajuk approve ke tak. Boleh alasan macam tu? Hoho. Okay. Semalam ada orang ajak pergi makan sambil sambil nak bagi hadiah bebeday kita haritu. Mula mula mestilah pergi ke tujuan asal iaitu makan dekat KFC seksyen 13. Lepas makan orang tu sibuk nak cari buku then terus pergi SACC Mall. Singgah MPH. Masuk je 2 2 hilang. Sorang dekat sini. Sorang lagi dekat sinun. Aku belek punya belek terjumpa buku ni :

WAHAI MUSLIMAH JAUHILAH 60 LARANGAN 

Sebenarnya ada buku lain aku belek belek memang best. Senang cerita semua buku best tapi aku tertarik nak beli yang ni. Orang tu asalnya nak beli buku bercucuk tanam kononnya, beli buku Ustaz Azhar Idrus. Comel kan? Bercucuk tanam. Hehehe. Berhenti solat kejap, then datang balik MPH. Asalnya aku yang harus membayar buku buku ini, namun oleh kerana bakal petani tu baik hati, dia yang pergi bayar. Alasan nak jadi petani. Apa pun tak boleh =D

Masa turun escalator nampak orang buat kolam.


 



Cantik kan? Respect gila dekat kaum India ni. Sangat kreatif. Ingat senang nak buat corak corak ni? Mesti lama gila. Tapi serius lawa sesangat dia buat :)

#happy23rdtome:)

Friday, November 9, 2012

La Tahzan : Jangan Bersedih

Ketika tertimpa satu musibah, anda harus melihat dari sudut yang paling terang darinya:ketika seseorang memberi anda segelas air limau, anda perlu menambah sesendok gula ke kedalamnya, ketika mendapat hadiah seekor ular ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain; ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya membezakan kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular.

Kata kata diatas aku ambil dari buku La Tahzan;Jangan Bersedih;Don't Be Sad. Aku beli buku tu masa bebeday aku Rabu kelmarin. Aku memang nak sangat buku tu. Alhamdulilah dapat jugak. Tapi yang aku beli version kecik punya. Ada yang besar. Setakat ni aku baca sangat sangat la motovate diri aku. Aku memang nak cari buku ni masa aku tengah down dulu tapi asal nampak tapi tak beli. Asal jumpa kat library tapi tak sempat baca betul betul. Sekarang baru dapat. Mesti ada hikmah kan?

Pada yang nak motivasi diri, yang sedang sedih sedih tu, buku ni memang sesuai untuk anda. Anda takkan rugi membaca buku La Tahzan. 

:)